28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Mesin permainan anak patung dikategorikan judi – Mufti Perlis

Umat Islam ditegah terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk dosa besar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESIN permainan anak patung kanak-kanak atau seumpama dengannya termasuk dalam kategori perjudian iaitu al-Maisir, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, ini kerana mesin permainan tersebut berbentuk pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang berkenaan.

“Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syarak iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian.

“Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mohd Asri berkata, seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

Baca juga:   Video muzik raya promosi judi, 8 individu diberkas
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk dalam dosa besar,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet apabila menyatakan ia bukan sahaja merupakan dosa besar di Perlis bahkan di seluruh dunia.

Dalam tempoh empat jam hantaran di muat naik, sebanyak 7,500 pengguna Facebook memberikan reaksi dan dikongsi lebih 2,000 individu.

Menurut pengguna Facebook dengan nama Muhammad Zaidi Zainal Abidin, dia berharap agar negeri lain akan mencontohi negeri Perlis dalam hal-hal seumpama itu.

“Jadikan negeri Perlis contoh untuk negeri-negeri lain doktor. Top speed doktor!

Baca juga:   Tak masuk akal tauke judi biaya parti 'Taliban' - Hadi

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ebit Lew lihat wajah bersih 4 beradik maut kebakaran

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew berkesempatan bersama-sama menyempurnakan majlis pengkebumian jenazah empat beradik yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran di Muar, malam...

Lagi Artikel Berkaitan