23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

40 set bubu naga dirampas di perairan Pulau Pinang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang merampas sebanyak 40 set bubu naga di tiga lokasi berbeza di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat perairan Pulau Burung, Seberang Perai Selatan (SPS) antara pukul 2.40 hingga 3 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, semasa bot ronda KILAT 26 melaksanakan rondaan rutin, anggota penguat kuasa telah menemukan beberapa pelampung yang mencurigakan di tiga lokasi berbeza.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati sebanyak 40 set bubu naga dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan tersebut.

“Kesemua bubu naga dengan anggaran nilai RM4,800 itu dirampas dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, lapor Utusan.

Tegas Abd. Razak, penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

Baca juga:   Sedih tengok kesusahan Mohamad, Steven Sim belanja motosikal

Katanya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah tidak dibenarkan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan komuniti nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.

“Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti haram tersebut dari semasa ke semasa dan meminta kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Baca juga:   124 individu dipercayai terlibat kongsi gelap ditahan

“Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146,” katanya.

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan