27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penganggur warga asing pecah rumah ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penganggur warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Cheras Indah, Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 5 petang di Taman Lembah Maju.

Penahanan suspek itu merupakan susulan laporan daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik mendakwa seorang lelaki memecah masuk rumahnya melalui tingkap bilik pada 24 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya merampas 12 utas jam pelbagai jenama, tiga buah kamera serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Advertisements

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes dadah,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya masih mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

“Penangkapan suspek itu, kita percaya telah berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Ampang.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan