29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Ku Li minta tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan permohonan untuk menukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

Beliau membuat permohonan rasmi melalui surat bertarikh 26 Julai 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dalam surat terebut, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa beliau tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuknya dalam Dewan Rakyat bersama Ahli-ahli Parlimen lain yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan.

“Dengan makluman ini, saya memohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang Dipertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau belum mengetahui sama ada Ahli-ahli Parlimen yang lain dari UMNO telah berurusan dengan Azhar Azizan mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.

Baca juga:   Desak sidang Parlimen, jangan ‘ada udang di sebalik batu’

Beliau turut menasihatkan mereka mengambil langkah yang sama, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Merujuk kepada pelan tempat duduk Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh masih ditempatkan di kerusi yang sama dalam blok penyokong kerajaan.

Setakat ini, seramai enam Ahli Parlimen berada dalam blok Bebas iaitu Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Jugah Muyang (Lubok Antu), Larry Sng (Julau), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat) dan Steven Choong (Tebrau). – EDISI 9

Baca juga:   Sasar kutipan lebih RM2.1 juta bidaan plat DEK

Wartawan

Terkini

Suami kahwin baharu, isteri dan 7 anak diusir rumah – LZS

SEORANG wanita yang berhadapan dengan masalah mental bersama tujuh orang anak berdepan dugaan apabila diusir dari rumah sewa setelah...

Lagi Artikel Berkaitan