29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sektor perumahan dibenar beroperasi – KPKT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sektor Pemajuan Perumahan dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dicapai semasa Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 23 Julai 2021.

“Kebenaran beroperasi itu adalah terpakai kepada pemaju perumahan yang masih aktif dan sah Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL) di bawah Akta 118,”katanya.

Menurutnya, di bawah Fasa 1, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan beroperasi adalah pejabat pengurusan pemaju perumahan; urusan serahan notis milikan kosong (vacant possession) dan kunci rumah; kerja-kerja baik pulih kerosakan kritikal dalam tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period); dan kerja-kerja pembinaan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah SPNB bagi kontraktor G1 hingga G4.

Advertisements

“Sementara itu, di bawah Fasa 2, aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah aktiviti pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, unit pameran dan unit hartanah subsale,” katanya.

KPKT berkata, kebenaran beroperasi sektor pemaju perumahan adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini Sektor Pemajuan Perumahan yang boleh dimuat turun di laman sesawang KPKT di https://www.kpkt.gov.my

“Sementara, SOP pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di www.cidb.gov.my dan SOP Am Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia di www.mkn.gov.my bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Perumahan Negara di talian hotline 03-8891 4493/4494. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan