25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penghuni PPR, PA DBKL masuk PKRCS secara percuma

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) secara percuma.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa ini, individu yang didapati positif COVID-19 tetapi tidak bergejala (kategori 1) atau bergejala ringan (kategori 2) dikehendaki untuk membuat kuarantin kendiri di rumah  masing-masing.

“Namun didapati ramai dalam kalangan mereka yang terlibat mendiami rumah yang sempit dan sesak terutamanya keluarga B40 di PPR dan PA DBKL yang tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri.

“Mereka juga tidak mampu untuk ke Pusat Kuarantin  dan Rawatan COVID-19 Berisiko  Rendah Swasta (PKRCS) berbayar.

“Setelah berbincang dengan pelbagai agensi yang berkaitan  semasa mesyuarat  Pusat Penyelarasan dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) memutuskan untuk memindahkan dan menempatkan sebilangan mereka yang positif  bagi kategori satu dan dua, ke beberapa hotel  yang dikhususkan sebagai PKRCS khas bagi mengelakkan jangkitan  dalam kalangan keluarga,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau yang juga Pengerusi CCMC-WP berkata, empat PKRCS, khas di Kuala Lumpur yang terlibat adalah Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay; Intenational Youth Centre, Bandar Tun Razak , Cheras; Tamu Hotel Kampung Baru dan Hotel Travelodge City Centre, Kuala Lumpur.

Katanya, operasi memindahkan kira-kira 1,000 orang golongan terbabit telahpun dilaksanakan kelmarin, dengan kerjasama COVID Assessment Centre (CAC), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan beberapa agensi serta jabatan kerajaan yang berkaitan.

Dalam masa sama, Annuar berkata, kementerian juga sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan COVID-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan yang menghadapi masalah kuarantin kendiri.

“Tindakan ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mengelakkan peningkatan kes positif yang berpunca daripada kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga,” katanya.- Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan