26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Geran penyelidikan MASA terima 134 kertas cadangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GERAN penyelidikan yang diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Institut Masa Depan Malaysia (MASA) tahun lalu, mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila menerima sejumlah 134 kertas cadangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin berkata, kertas cadangan berkenaan telah diterima oleh pihaknya daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan.

Menurutnya, kesemua kertas cadangan yang merangkumi tujuh bidang keutamaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah melalui proses tapisan awal oleh Sekretariat Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) diikuti penilaian oleh panel penilai terdiri daripada pakar bidang, mantan pegawai tinggi kerajaan serta ahli akademik.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 30 kertas cadangan merangkumi topik kajian dalam bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan serta pembangunan lestari telah disenarai pendek dan diputuskan layak oleh panel penilai untuk menerima geran penyelidikan MPDP.

Baca juga:   MITI, KKM bincang wujudkan program vaksinasi dos penggalak

“Mereka yang terpilih akan ditawarkan geran penyelidikan bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap kertas ringkasan polisi yang dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azril lagi, penerima geran MPDP juga digalakkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal terkemuka, sama ada di dalam atau luar negara.

Menurutnya, MPDP diperkenalkan pada September tahun lalu bertujuan menyediakan peluang kepada penyelidik untuk memberikan input dan cadangan polisi bagi membantu proses pelaksanaan pemulihan negara serta strategi dan pelan kerajaan pasca Covid-19.

Baca juga:   Hamzah mengaku suaranya dalam rakaman audio tular

“Institut MASA mengucapkan tahniah kepada penerima geran penyelidikan MPDP yang terpilih.

“Senarai penerima geran yang berjaya boleh dilayari di laman web Institut MASA di https://institutmasa.com/ms/geran-penyelidikan-program-pembangunan-dasar-masa-mpdp/.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan