27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan yang kesemuanya melibatkan varian Delta (B.1.617.2) hasil kajian berterusan yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 22 Julai sehingga hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, kes baharu tersebut dikesan di Melaka (tiga kes), Kedah dan Johor (masing-masing dua kes) serta Terengganu, Perlis dan Selangor (masing-masing satu kes). 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) meningkat, dengan sebanyak 439 kes dilaporkan. 

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI),” katanya dalam perkongsian maklumat di Facebook beliau di sini hari ini. 

Secara keseluruhan, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,”katanya.

Advertisements

Terdahulu, media melaporkan,  sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan menerusi kajian berterusan yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

Dr. Noor Hisham berkata, kesemua kes tersebut adalah Variant of Concern (VOC) melibatkan 106 kes varian Delta (B.1.617.2), 10 kes varian Beta (B.1.351) serta tiga kes varian Alpha (B.1.1.7). 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 429 kes.  

“Daripada jumlah yang dikesan, 409 kes adalah VOC manakala, 20 kes adalah VOI,” katanya. 

Penyelidikan itu dilakukan selepas kes baharu positif COVID-19 dikenal pasti bermula 12 hingga 22 Julai dan daripada itu Sarawak telah merekodkan 76 kes diikuti Selangor (14 kes) dan Pahang (lapan kes). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan