34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MOF ambil langkah bagi mudah cara perolehan vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA  – Kementerian Kewangan (MOF) akan mengambil beberapa langkah bagi memudah cara peruntukan dan perolehan vaksin COVID-19 untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

MOF dalam satu kenyataan berkata, antara langkah diambil adalah dengan menurunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memuktamadkan perolehan vaksin di peringkat kementerian masing-masing.

“Manakala, langkah kedua dengan meningkatkan peruntukan bagi perolehan vaksin dan PICK daripada RM3 bilion (komitmen yang diumumkan pada hujung tahun 2020) kepada RM5.8 bilion seperti yang diumumkan melalui Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Jun lalu.

“Langkah terakhir yang diambil MOF, iaitu dengan memberi kelonggaran kepada KKM dan MOSTI untuk menguruskan perbelanjaan peruntukan berhubung pelaksanaan PICK tertakluk kepada siling peruntukan RM5.8 bilion yang diluluskan MOF,” katanya.

Menurut MOF, keputusan itu diambil hasil Mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 yang dihadiri Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Asri Hamidon.

“Tengku Zafrul telah menjelaskan peranan MOF dalam menyediakan tatacara perolehan dan peruntukan bagi memudahcara dan menyegerakan pelaksanaan Program PICK untuk mencapai objektif imunisasi lengkap bagi penduduk Malaysia menjelang bulan Oktober 2021.

“Dalam masa sama, MOF juga memberi komitmen untuk terus memainkan peranan menjayakan usaha PICK demi mencapai vaksinasi penuh penduduk dewasa dan selanjutnya membolehkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial berfasa selaras dengan Pelan Pemulihan Negara,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan