30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

10.75 juta suntikan dos vaksin setakat semalam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 secara keseluruhan setakat semalam adalah sebanyak 10,750,748 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 337,478 dos diberikan semalam.

“Jumlah yang terima dos pertama adalah 7,435,877 orang.

“Daripada jumlah itu, 3,314,871 orang juga terima dos kedua,” katanya melalui ciapan Twitter, hari ini.

vaksin semalam
Statistik pemberian vaksin yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Pemberian Vaksin COVID-19 (JKJAV) setakat 9 Julai 2021.

Seramai 213,396 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama semalam manakala 124,082 orang menerima suntikan dos kedua.

Secara keseluruhan, kira-kira 22.8 peratus rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin manakala 10.2 peratus menerima dos kedua.

Bagi golongan dewasa pula, kira-kira 31.8 peratus telah menerima suntikan dos pertama manakala 14.2 peratus menerima dos kedua.

Advertisements

Sarawak mencatatkan angka tertinggi penerima yang melengkapkan dos pertama dan kedua iaitu seramai 485,413 orang diikuti Johor (330,282 orang), Kuala Lumpur (321,867 orang), Sabah (286,333 orang) dan Perak (258,852 orang).

Semalam juga merupakan hari kelima pemberian vaksin di seluruh negara melepasi angka 300,000 penerima.

Sebanyak 376,909 dos vaksin diberikan kelmarin diikuti 375,842 dos pada 7 Julai lalu, 340,043 dos pada 6 Julai dan 313,761 dos pada 5 Julai.

Laporan harian pemberian dos vaksin pada 9 Julai 2021 mengikut negeri yang dikeluarkan oleh JKJAV.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menafikan berita palsu yang tular dalam media sosial kononnya Hospital Selayang mengalami masalah bekalan oksigen.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan posting yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan tidak menyebarkannya.

“Sila hubungi terus pihak hospital jika mempunyai sebarang pertanyaan,” jelas hantaran dalam laman Facebook Kementerian Kesihatan.

palsu fake
Mesej palsu berhubung masalah kekurangan bekalan tabung oksigen di Hospital Selayang. – Gambar: Facebook Hospital Selayang

Dalam mesej palsu yang tular melalui media sosial itu, pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut turut menjalankan kutipan wang kononnya untuk membeli tabung oksigen tambahan bagi kegunaan Hospital Selayang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan