31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Kes harian COVID-19 dijangka meningkat susulan PKPD

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor bakal melonjakkan jumlah kes harian Covid-19 di Lembah Klang.

Ini berikutan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan saringan terhadap 10 peratus daripada penduduk yang tinggal dalam kawasan PKPD dan mereka yang berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semasa pelaksanaan PKPD, aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu dan aktiviti pengesanan kontak rapat serta saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes COVID-19. 

“Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Noor Hisham berkata, Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh 1 hingga 7 Julai berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 hingga 30 Jun 2021. 

“Manakala, Kuala Lumpur menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 hingga 7 Julai berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 hingga 30 Jun 2021.

“PKPD yang dilaksanakan adalah berdasarkan penilaian risiko di kawasan tersebut. Hasil saringan bersasar ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD tersebut,” katanya.

Kata beliau, bagi menangani keadaan kritikal berikutan peningkatan kes yang mendadak ini, beberapa tindakan telah diambil, antaranya tindakan penyumberluaran (outsourcing) yang telah dilakukan dimana kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan perubatan bertujuan mengurangkan masa menunggu pesakit.

Baca juga:   Persahabatan peribadi Anwar, Hassanal Bolkiah erat Malaysia-Brunei
Baca juga:   Peserta perhimpunan Barang Naik bakal berdepan tindakan

“Ini akan memberi lebih banyak ruang dalam hospital KKM untuk menangani kes COVID-19 yang perlu dimasukkan ke hospital, dan pada masa yang sama memastikan rawatan kepada kes-kes bukan COVID-19 dapat terus diberikan,”katanya.

Jelas Noor Hisham, pada tahun 2020, sebanyak RM11 juta telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan bagi aktiviti penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan perubatan.

 “Aktiviti penyumberluaran (outsourcing) tersebut telah melibatkan 31 hospital swasta di mana 3,741 pembedahan dan prosedur telah berjaya dilaksanakan dan aktiviti penyumberluaran (outsourcing) diteruskan lagi pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM 39,087,983 telah diagihkan kepada 14 buah negeri untuk tujuan yang sama. 

“Setakat ini, sebanyak 72 buah hospital swasta terlibat di dalam aktiviti penyumberluaran di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, susulan daripada peningkatan kes yang mendadak di kawasan Lembah Klang, Hospital Kuala Lumpur telah mempertingkatkan aktiviti penyumberluaran (outsourcing) kepada hospital-hospital swasta yang berdekatan. 

“Sejak 6 Julai lalu, seramai 25 pesakit telah dihantar ke hospital-hospital swasta yang dikenal pasti  dan anggaran seramai empat pesakit akan dihantar setiap hari. Jumlah pesakit yang akan dihantar bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta dalam jangka masa enam  bulan dianggarkan seramai 993 orang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 18 juta.

“Selain itu, perkhidmatan makmal juga telah bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menambah kapasiti ujian COVID-19. 

Baca juga:   JKM selamatkan dua beranak terbiar hidup dengan ayam, itik

“Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti-universiti awam dan swasta, serta makmal-makmal swasta yang diiktiraf,” katanya.

Noor Hisham menambah, sehingga kini, kapasiti ujian RT-PCR bagi semua makmal yang terlibat adalah sebanyak 116,803 ujian sehari. 

Baca juga:   Malaysia beli bekalan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5-12 tahun

“Terkini, sebanyak 92 buah makmal yang menjalankan ujian RT-PCR di mana 24 dari makmal hospital kerajaan, tiga makmal institusi, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat Makmal Kesihatan Awam (MKA), (2) makmal di Klinik Kesihatan, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), 13 makmal di universiti, dua makmal dari Kementerian Pertahanan, satu makmal MOSTI dan 41 makmal swasta,” katanya.

Jelasnya, pihak KKM akan terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam apa jua keadaan yang dihadapi.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Rangka manusia Tapak Arkeologi Guar Kepah dibawa pulang

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal membawa pulang...

Lagi Artikel Berkaitan