29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Mahkamah lucut hak penjagaan terhadap remaja OKU

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mahkamah telah melucutkan hak penjagaan terhadap seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 13 tahun yang didakwa telah didera di sebuah pusat jagaan di Wangsa Maju, di ibu negara pada Jun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pelucutan hak tersebut turut dibuat terhadap beberapa kanak-kanak serta wanita di pusat jagaan terbabit yang sebelum ini di bawah jagaan seorang wanita berusia 28 tahun.

“Hari ini saya lihat sendiri remaja ini yang tentunya dalam keadaan trauma dan kes ini masih dalam siasatan polis.

“Saya harap pihak polis selesaikan segera jika ada berlaku kes penderaan, pelakunya harus terima hukuman yang setimpal,” katanya ketika ditemui semasa lawatan terhadap remaja berkenaan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, hari ini lapor Astro Awani.

Mengulas lanjut, remaja OKU berkenaan kini dipantau rapi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk soal kesihatan dan emosinya.

Menurut Rina, remaja tersebut diserahkan kepada seorang individu di pusat jagaan itu pada tahun lalu.

Kali terakhir pihak JKM membuat lawatan ke pusat jagaan terbabit adalah pada Februari tahun ini dan remaja terbabit dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat.

Baca juga:   Pesakit di PKRC MAEPS berkurangan lima kali ganda

Jelasnya, penyerahan remaja OKU berkenaan kepada individu tersebut bagaimanapun tidak melalui pihak JKM.

Baca juga:   Rakyat sudah letih dengan propaganda politik

Dalam perkembangan berkaitan, Rina turut memaklumkan, pusat jagaan yang didakwa menjadi lokasi penderaan itu masih dalam proses pendaftaran pihak JKM.

Buat masa ini, JKM akan melakukan pemantauan setiap hari terhadap remaja terbabit sementara menantikan keputusan mahkamah melibatkan kesemua penghuni pusat jagaan itu.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang remaja OKU berusia 13 tahun melecur pada bahagian badan serta terdapat kesan luka di peha dipercayai didera pada Jun lalu.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan siasatan masih diteruskan termasuk usaha memanggil kesemua saksi serta seorang suspek wanita berusia 28 tahun.

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan