34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sabah masuk Fasa 2 PPN 10 Julai – Ismail Sabri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sabah akan beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 10 Julai ini setelah mencapai nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan telah meneliti nilai-nilai ambang bagi Sabah.

“Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi Fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, sidang khas MKN hari ini turut meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa COVID-19 di Selangor.

Ismail Sabri menambah, sehingga kini, Kementerian Kesihatan mengesahkan purata kes harian di Selangor dalam tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan trend peningkatan secara mendadak dengan jumlah kluster yang semakin meningkat.

“Berdasarkan situasi ini, kerajaan turut bersetuju untuk menubuhkan satu lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor seterusnya membantu Kementerian Kesihatan menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri tersebut ketika ini.

Advertisements

“Pada masa yang sama, ATM juga memberi jaminan sentiasa komited dan bersiap-siaga jika ada keperluan untuk membina hospital-hospital medan di negeri-negeri yang memerlukan khidmat sokongan kesihatan dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di Melaka untuk menyokong sistem perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut ketika ini.

“ATM akan berbincang dengan lebih lanjut bersama Kementerian Kesihatan untuk memperincikan semua keperluan bagi menenlukan pembukaan hospital medan ATM di negeri ini dalam masa terdekat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, semalam, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan telah melaksanakan 90,303 pemeriksaan COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah anggota seramai 20,413 orang.

Menurut beliau, ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,859 kilang, 16,743 perniagaan, 907 tapak pembinaan dan 394 asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 56 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan