25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Syabas! 1.4 juta dos vaksin dalam tempoh 4 hari

Mesti Baca

CYBERJAYA – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus menambah jumlah suntikan harian apabila berjaya menyuntik 1.4 juta dos vaksin dalam tempoh empat hari.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, semalam sahaja sebanyak 376,909 dos diberikan di seluruh negara, sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi setakat ini.

“Ini menjadikan jumlah vaksin Covid-19 yang telah diberikan ialah sebanyak 10,415,270 dos dengan dos pertama sebanyak 7,222,481 orang manakala dos kedua 3,190,789 orang,” katanya dalam ciapan di twitternya hari ini.

Kerajaan yang sebelum ini mensasarkan Ogos untuk mencapai jumlah suntikan vaksin sebanyak 300,000 dos sehari, telah berjaya mencapainya lebih awal.

Dengan pertambahan itu, PICK kini menuju ke 400,000 dos sehari dan melihat jumlah suntikan minggu ini, sasaran itu dijangka dapat dicapai minggu depan.

Untuk rekod sebanyak 313,761 dos diberikan pada 5 Julai dan meningkat kepada 340,043 dos pada 6 Julai manakala sehari kemudian jumlah suntikan mencapai 375,842 dos.

Baca juga:   KPKT arahkan 22 bazar Ramadan tutup operasi

Sementara itu data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Sarawak mencatatkan jumlah pemberian vaksin tertinggi sehingga semalam iaitu sebanyak 70,447 dos meliputi 27,868 dos pertama dan 42,579 dos kedua.

Ini diikuti oleh Selangor iaitu 63,177 dos pertama dan 25,199 dos kedua; Kuala Lumpur (36,302 dos pertama, 16,213 dos kedua).

Berdasarkan jumlah penduduk pula, sebanyak 22.1 peratus rakyat Malaysia sudah menerima suntikan vaksin dos pertama dan 9.8 peratus dos kedua.

Baca juga:   Polis rujuk kes anak pelakon tolak vaksin kepada KKM

Daripada jumlah itu, penduduk Kuala Lumpur mencatat jumlah penerima vaksin tertinggi iaitu 73.4 peratus untuk dos pertama dan 17.3 peratus dos kedua.

Ini diikuti oleh Sarawak (46.6% dan 15.8%), Putrajaya (45.9% dan 28.7%) serta Labuan iaitu 38.5 peratus dos pertama dan 22.5 peratus dos kedua. – Edisi 9

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan