24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tindakan UMNO buka peluang PH kembali berkuasa – Tun Hamid

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tindakan UMNO menarik balik sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri boleh mengundang peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk kembali menguasai Putrajaya, kata Tun Abdul Hamid Mohamad.

Bekas Ketua Hakim Negara itu berkata, ini kerana bilangan ahli-ahli Parlimen PH termasuk dari parti Pejuang mempunyai kedudukan lebih baik untuk mempunyai majoriti.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tanpa UMNO tidak mengira berapa jumlah ahli Parlimennya yang mematuhi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) partinya, berkemungkinan akan kehilangan majoriti.

“Tanpa sokongan PH dan PN, dari mana kerajaan baharu tajaan UMNO itu akan mendapat majoritinya?

“Saya khuatir, tindakan UMNO itu akan menyerah balik kerajaan yang diperolehi daripada PH itu kepada PH semula.

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

“Jika itu berlaku, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ahli-Ahli MKT yang menyokongnya bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Mereka adalah Pak Pandir Moden,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas kenyataan media Ahmad Zahid yang mengumumkan penarikan balik sokongan UMNO terhadap Muhyiddin serta menegaskan bahawa parti itu kekal ‘No Anwar, No DAP‘.

Abdul Hamid berkata, tindakan UMNO menamatkan sokongan kepada Muhyiddin tidak akan menjejaskan kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri kerana ia hanyalah keputusan sebuah parti politik.

Beliau berkata, walaupun ahli-ahli Parlimen UMNO sepatutnya turut menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, mereka tidak semestinya berbuat demikian.

Katanya, pada masa yang sama mungkin ada dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang yang mengubah fikiran dan menyokong kerajaan PN.

Advertisements

“Selagi Muhyiddin tidak meletak jawatan atau Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Perdana Menteri baharu, Muhyiddin masih menjadi Perdana Menteri.

“Apakah pilihan yang ada kepada Muhyiddin? Beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Yang di-Pertuan Agong boleh tidak berkenan dengan nasihat itu. Dalam keadaan sekarang, PRU-15 tidak mungkin dapat diadakan,” katanya.

Justeru beliau berkata, UMNO hanya boleh ‘menurunkan’ Muhyiddin menerusi usul tidak percaya dalam Parlimen yang akan bersidang selama 8 hari mulai 26 Julai ini.

Abdul Hamid berkata, jika usul tersebut gagal, kerajaan PN akan kekal terselamat, tetapi jika berjaya Muhyiddin hendaklah meletakkan jawatan atau menasihati Seri Paduka Baginda agar membubarkan Parlimen yang dalam situasi hari ini amat sukar untuk melaksanakan PRU-15.

Mengenai cadangan UMNO melantik Perdana Menteri sementara jika Muhyiddin meletakkan jawatan, Abdul Hamid berkata:

“Jika Perdana Menteri baharu itu memperolehi majoriti dalam Parlimen dan
dapat mengekalkan kerajaan sementaranya, dapat menyelesaikan masalah Covid-19 dalam tempoh yang ditetapkan, meletak jawatan dan menasihatkan YDPA menitahkan supaya PRU-15 diadakan, maka ahli-ahli MKT itu patutlah diberi penghormatan sebagai ‘political genius‘.

“Perdana Menteri sementara itu pula patutlah dinobatkan sebagai Perdana Menteri tetap selepas PRU-15.

“Sama-samalah kita tunggu untuk melihat kedatangan semula political genius atau Pak Pandir Moden. Yang menakutkan ialah pertaruhannya terlalu besar: masa depan bangsa Melayu,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan