30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes meningkat, Thailand ambil langkah pencegahan lebih ketat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesyorkan langkah pencegahan lebih ketat dikuatkuasakan di daerah berisiko tinggi untuk menghentikan penularan COVID-19 memandangkan kes harian dan jumlah kematian yang terus meningkat. 

Memetik laporan Bernama, sepanjang 24 jam, Thailand telah merekodkan 7,058 kes baharu serta 75 lagi kematian, tertinggi dalam sehari, menjadikan junlah terkumpul kes jangkitan setakat ini sebanyak 308,230 dan korban seramai 2,462 sejak pandemik dikesan Januari lalu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, Kementerian Kesihatan Awam mencadangkan langkah pencegahan dan keselamatan termasuk mengehadkan pergerakan orang ramai, waktu operasi perniagaan dan pengangkutan awam selain menutup peniagaan tidak penting.

Beliau berkata, larangan dicadangkan itu akan dilaksanakan di Bangkok, pusat pandemik terbaru dan wilayah-wilayah berdekatan.

“Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA untuk pertimbang sekatan baharu,”katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.

Ketika ini, Thailand telah menguatkuasakan beberapa sekatan termasuk larangan makan di restoren, pusat membeli-belah ditutup awal selain perhimpunan lebihi 20 orang di Bangkok dan lima wilayah – Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom tidak dibenarkan.

Selain itu, semua tapak pembinaan dan kem pekerja ditutup, pekerja turut diasingkan.

Namun, langkah-langkah itu dilihat gagal memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 apabila kes baharu terus meningkat.

Untuk membendung penularan virus di Bangkok, Dr Apisamai berkata, langkah baharu akan dilaksanakan termasuk meningkatkan pengesanan kes aktif , mendirikan pusat ujian COVID-19 secara walk-in dan menubuhkan 20 pusat pengasingan komuniti pesakit yang menunggu untuk dimasukkan ke wad  di samping bekerjasama dengan hospital swasta bagi meningkatkan lagi keberkesanan usaha kuarantin di rumah.

“Pihak berkuasa kesihatan akan terus meningkatkan pemberian vaksinasi dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi dan pekerja binaan,”katanya.

Mengulas mengenai kes baharu COVID-19, beliau berkata, 7,049 kes melibatkan penularan tempatan, merangkumi 1,732 melalui pengesanan kes aktif dan sembilan kes import.

Katanya, terdapat 121 kluster di Bangkok yang melaporkan 2,212 kes baharu dan 33 kematian.

Korban kali ini,melibatkan 39 lelaki dan 36 wanita berusia antara 33 dan 94 tahun , termasuk 74 rakyat tempatan dan seorang warga China.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan