Tuesday, July 21, 2026

Gempa bumi berskala 6.0 melanda sempadan California-Nevada

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALIFORNIA – Gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter melanda sempadan California – Nevada pada Khamis petang, diikuti puluhan gegaran susulan, menurut United Press International (UPI).

Memetik laporan Bernama, gegaran itu dicatatkan antara Walker dan Coleville di daerah Mono, California kira-kira 37 kilometer barat daya Smith Valley , Nevada pada 3.50 petang.

Pegawai Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gegaran itu turut dirasai di barat San Francisco dan di Carson City, Nevada hingga ke Visala , California.

Sekurang-kurangnya 40 gempa susulan dilaporkan berhampiran pusat gempa dengan skala antara 3.0 hingga 4.6.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan