28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Aktiviti ekonomi, sosial dibuka semula di Kuala Lumpur jika…

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Aktiviti ekonomi dan sosial akan dibuka semula di Kuala Lumpur apabila jumlah penerima vaksin mencapai 80 peratus daripada penduduk dewasanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa kini jumlah suntikan dos pertama di ibu negara itu sudah mencapai 73.4 peratus dan melepasi sasaran 1.3 juta suntikan.

“Alhamdulillah KL (Kuala Lumpur) telah melepasi angka sasaran 1.3 juta (1,302,525) suntikan pertama, iaitu 73.4 peratus dari penduduk dewasa WP KL.

“Sebaik mencecah 80 peratus dua dos, saya akan mencadangkan aktiviti ekonomi dan sosial mula di buka, dengan SOP tertentu, sementara kes positif di tumpu kepada kategori 3 dan 4,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini Kuala Lumpur menjadi perintis program vaksinasi bergerak apabila 30 trak digunakan untuk memberikan suntikan di projek perumahan rakyat (PPR) sebelum dikembangkan ke tapak-tapak pembinaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan akan ke lokasi-lokasi berkepadatan tinggi dan tapak pembinaan yang masih beroperasi untuk tujuan vaksin.

Sementara itu, Annuar sebelum ini berkata, pihaknya telah melipatgandakan usaha merancakkan program vaksinasi supaya sasaran imuniti kelompok di Wilayah Persekutuan sebelum akhir Ogos dapat dicapai.

Beliau berkata, kekuatan skuad vaksinasi bergerak dipertingkatkan dengan penambahan trak secara berperingkat, di samping penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) statik.

“Hari itu kita mulakan dengan hanya tiga ke empat trak, tapi mulai esok kita tambah kepada 12, dan menjelang awal atau pertengahan bulan Julai kita akan tambah sehingga 40 buah trak.

“Bermakna kita punya outreach ini akan sampai ke segenap pelusuk Wilayah Persekutuan,” katanya melawat salah satu trak vaksin bergerak Kuala Lumpur, bulan lalu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan