24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rimbun Aman di Seremban 2 Heights, kediaman mampu milik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pemaju hartanah terkemuka, IJM Land Berhad telah melancarkan pembangunan perumahan mampu miliknya yang terkini, Rimbun Aman di Seremban 2 Heights yang memenuhi kehendak pembeli rumah dengan pakej yang lengkap.

Dibina di atas tanah seluas 42-ekar dengan Nilai Pembangunan Kasar atau Gross Development Value (GDV) RM125 juta, Rimbun Aman menawarkan 304 unit rumah teres satu tingkat berpegangan bebas dengan saiz tanah yang berukuran 20′ x 60′, 20′ x 65′ dan 22′ x 65′, ianya dijual dengan harga bermula daripada RRM 350,000.

Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, Datuk Hoo Kim See berkata, Rimbun Aman telah mencapai jualan yang amat memberangsangkan dalam masa dua hari pelancarannya.

“Perbandaran Seremban 2 amat  mengalu-alukan para keluarga untuk mencipta kenangan mereka di sini, lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan, menjadikan perbandaran Seremban 2 adalah tempat yang ideal untuk semua

“Sebagai sebuah perbandaran yang pernah memenangi anugerah perbandaran terancang, pemilik Rimbun Aman akan menikmati pelbagai faedah dari segi kemudahan fasiliti yang disediakan.

“Rimbun Aman bukan sahaja sebuah projek yang menjadi pilihan segenap peringkat usia, malah kadar pulangan masa hadapan yang baik juga merupakan antara faktor utama untuk pembeli memiliki rumah di sini,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Rimbun Aman dijual dengan harga yang berpatutan, sesuai untuk  keluarga muda moden. Ia juga menepati citarasa ibu bapa yang kini hanya tinggal berdua dimana mereka mampu memiliki rumah idaman dengan ruang yang praktikal dan lebih selesa.

Dengan lokasi yang strategik di dalam perbandaran Seremban 2 yang semakin berkembang pesat, ianya merupakan sebuah pembandaran serba lengkap yang menawarkan kemudahan moden dan kemudahan bandar sambil mengekalkan ketenangan suasana sekeliling.

Rimbun Aman menawarkan kemudahan yang terbaik dengan adanya pusat-pusat kesihatan dan perubatan, kemudahan pendidikan bagi keluarga yang mempunyai anak, pusat komersial dan pusat membeli-belah yang berdekatan untuk anda mendapatkan barang keperluan harian. Semua kemudahan ini terletak di kawasan persekitaran yang kondusif.

Advertisements

Seiring dengan seruan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat sihat, Rimbun Aman juga berdekatan dengan kemudahan seperti S2 Club bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan, Hill Park seluas 30 ekar dan City Park seluas 15 ekar untuk aktiviti kekeluargaan, serta Kepayang Hill bagi pencinta aktiviti luar.

Perjalanan buat mereka yang berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap hari kini akan menjadi lebih mudah, dengan adanya kemudahan akses keluar masuk tol yang menghubungkan pelbagai jalan utama terus ke Lebuhraya Utara Selatan. Kini tiada alasan lagi untuk pembeli yang bekerja di Kuala Lumpur untuk menetap di Seremban 2. Selain itu, jalan bebas tol yang berhubung terus ke KLIA dan KLIA2, hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Prihatin dengan keadaan kewangan masyarakat masa kini, pembeli tidak perlu menanggung sebarang kos kemasukan, kerana semua kos seperti yuran undang-undang, duti setem untuk SPA dan pinjaman akan ditanggung oleh IJM Land.

Selain itu, IJM Land juga menyediakan pakej pembayaran bulanan dimana pembeli rumah akan diberikan RM500 setiap bulan dari bulan berikutnya pengeluaran pertama dari pemodal sehinggalah serahan pemilikan kosong untuk unit tersebut dilakukan.

Langkah prihatin oleh IJM Land ini dapat memberi peluang kepada pembeli untuk memiliki kediaman sendiri tanpa perlu risau dengan kos-kos pemilikan hartanah dan mengurangkan bebanan.

Kim See berkata, memiliki rumah idaman merupakan impian setiap insan, sama ada yang sudah berkeluarga ataupun masih bujang.

“Kami tahu betapa terkesannya masyarakat disebabkan pandemik ini, dalam masa yang sama, kami tidak mahu mereka melepaskan peluang untuk memiliki rumah sendiri.

“Oleh sebab itu, IJM Land bertekad untuk membantu pembeli rumah dengan melakukan sebaik mungkin supaya pembeli mampu merealisasikan impian mereka sekeluarga.

“Kami akan terus menyokong masyarakat dalam pemilikan hartanah dan kami yakin bahawa pertolongan seperti ini dapat membantu dan memanfaatkan banyak pihak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan