25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dreamshop, platform e-dagang tawar pelan ansuran tanpa faedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA Dreamshop, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk memperkenalkan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dari 10 buah bank di Malaysia.

Kerjasama tersebut bagi menawarkan sokongan dan meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin, berkata, pihaknya sedar pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai cabaran termasuklah bebanan kewangan.  

“Sebagai sebuah platform e-dagang yang memahami kengkangan dan kerisauan pelanggan, kami berusaha keras untuk bekerjasama dengan sebanyak bank yang boleh bagi menawarkan pelan pembayaran mudah untuk semua pelanggan kami.

“Dengan harapan membolehkan mereka untuk terus menjadikan setiap pembelian impian mereka menjadi kenyataan dengan membahagikan pembayaran kepada jumlah terkawal yang lebih kecil,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

10 buah bank yang menawarkan pelan ansuran tanpa faedah di Dreamshop adalah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Selain itu, mulai bulan Julai, Dreamshop menganjurkan kempen nasional – WIN A SONY PS5 WITH DREAMSHOP di mana pelanggan berpeluang untuk membawa pulang SONY PS5 idaman ramai bernilai RM2,299 dengan setiap pembelian RM20 dalam satu resit.

Pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang dengan menghantar seberapa banyak penyertaan kerana tiada had yang ditetapkan untuk jumlah penyertaan.

Peraduan ini bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 31 Ogos 2021, dengan seorang pemenang diumumkan untuk setiap bulan.

Pemenang akan diumumkan di Facebook Dreamshop pada Ogos dan September 2021. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan