25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tangguh bayaran sewa premis, PPR, pinjaman kerajaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan diminta menagguhkan semua bayaran melibatkan penyewaan premis-premis perniagaan milik kerajaan seperti gerai dan arked MARA.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dicadang diberikan penangguhan ialah sewa flat dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Selain itu, penangguhan pinjaman agensi-agensi kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional dan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN) wajar turut dipertimbang.

“Beri bantuan tunai kepada (golongan) B40 juga kepada (mereka) yang hilang pendapatan. Beri kerja sementara kepada graduan yang menganggur,” kata beliau menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh untuk meringankan beban rakyat berikutan lanjutan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19, menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

Beliau dijangka mengumumkan bantuan tersebut esok atau Selasa.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kerajaan juga diharap dapat mengurangkan bayaran tol di semua lebuh raya serta menambah subsidi petrol agar dapat mengurangkan harga di pasaran.

Advertisements

“Tambah senarai barang kawalan supaya harga turun, subsidi bil elektrik, air dan pembentungan. Vaksinasi dipantaskan, kurangkan segera stress (tekanan) rakyat,” katanya.

Beliau juga menyambut baik langkah kerajaan yang bercadang memperkenalkan semula inisiatif moratorium pinjaman bank serta i-Sinar dan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Moratorium automatik pinjaman bank wajar diberi kepada B40, M40 dan PKS, IKS. Kerajaan tak keluar duit, hanya arahkan bank.

“Keluar KWSP atas nama apa pun kerajaan tak keluar duit. Hanya arahkan KWSP untuk luluskan.

“Bila PKP dilanjutkan tentu jeritan rakyat semakin nyaring,” ciap beliau dengan tanda pagar #EkonomiRakyat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini membayangkan kerajaan akan melaksanakan semula insiatif moratorium, i-Sinar dan i-Lestari sepertimana dilakukan tahun lalu.

Beliau berkata, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan masa kini merupakan masa tepat untuk kerajaan meneruskan inisiatif tersebut.

Katanya, inisiatif sebegini adalah penting bagi membantu rakyat dan perniagaan yang sedang berdepan pandemik Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan