33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

SPRM dakwa pegawai sendiri terima rasuah RM100,000

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pejabat Peguam Negara telah memberi izin mendakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuduh seorang pegawai suruhanjaya itu bersama seorang lagi tertuduh atas kesalahan rasuah di Mahkamah Seksyen 1 Shah Alam, hari ini.

Pegawai berkenaan, Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh bersubahat dengan Teoh Peng Sin, 55, bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000.

SPRM dalam kenyataan media hari ini berkata, suapan itu adalah sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Kedua-dua tertuduh telah ditahan oleh SPRM pada 14 April 2021 dan pertuduhan hari ini dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Rozilah Salleh.

“Pegawai terbabit juga sebelum ini pernah ditahan oleh pihak polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes tersebut,” kata SPRM.

Baca juga:   Kementerian Kesihatan nafi fitnah 5 pegawai ditahan SPRM

SPRM ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka melakukan perkara tersebut. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Kylian Mbappe dinamakan kapten baharu Perancis

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps melantik penyerang muda sensasi, Kylian Mbappe sebagai ketua pasukan baharu skuad Les Bleus. Lantikan itu dibuat...

Lagi Artikel Berkaitan