25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KKM lulus penggunaan dua lagi vaksin termasuk Jansen

Mesti Baca

CYBERJAYA – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua vaksin itu ialah Covidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 vector) keluaran CanSio Bilogics Inc, China dan Jansen Covid-19 Vaccine keluaran Johnson&Johnson.

“Kedua-dua vaksin ini telah diberikan kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pendaftaran Janssen Covid-19 Vaccine yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia melalui fasiliti CPVOX ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan ke atas kelulusan WHO EUL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu kata beliau, PBKD turut meluluskan penggunaan-BioTech kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.

“Comirnaty sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021 digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun tahun dan ke atas,” katanya.

Advertisements

Dr. Noor Hisham menjelaskan, walaupun tambahan indikasi ini telah diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan kualiti,keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantai dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Beliau menegaskan, KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran PICK,’’ katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan