30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kecewa kekasih lari, lelaki bakar tafsir al-Quran

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

ALOR SETAR – Gara-gara marah dan kecewa, seorang lelaki bertindak membakar naskhah tafsir al-Quran pemberian bekas kekasihnya yang beragama Islam.

Insiden itu mencetuskan kemarahan umat Islam setelah rakaman video yang memaparkan perbuatan biadab suspek tular dalam media sosial termasuk aplikasi WhatsApp semalam.

Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek telah membuat laporan polis pada pukul 12.25 tengah malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pengadu mendapat tahu daripada rakannya yang menghantar video tersebut bahawa kejadian berlaku di sebelah tandas awam berhampiran bangunan Tabung Haji Pekan Kuala Nerang.

Menurut beliau, pengadu bersama dua rakannya terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiada orang di lokasi namun menemukan cebisan al-Quran yang dibakar.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di sisi belakang sebuah tandas awam di Pekan Kuala Nerang.

“Tempat kejadian adalah terbuka dan tiada kamera televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran.

“Kejadian berlaku di depan rumah kedai suspek yang disyaki.

“Siasatan di tempat kejadian juga telah merampas sisa bakaran tafsir al-Quran” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kamarul Zaman memberitahu, berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di Pekan Kuala Nerang.

Beliau menambah, polis turut merampas dua telefon bimbit, satu pemetik api dan sepasang selipar yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Siasatan juga mendapati motif perbuatan suspek adalah disebabkan perasaan marah dan kecewa dengan kekasihnya seorang wanita Islam yang telah berubah hati.

“Naskhah al-Quran yang dibakar tersebut adalah hadiah pemberian wanita tersebut,” jelasnya.

Kamarul Zaman berkata, suspek yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan menyatakan dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435/ 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda bagi kesalahan Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya bagi kesalahan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan pendakwaan,” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan