32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Henti sat politik, lawan la Covid dulu, rakyat dah ‘nak muntah’

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

TOK Aba ni tak pandai politik. Tapi yang Tok Aba tau, orang politik la ni dok menyusahkan orang. Time-time Covid macam inipun dok nak politik lagi. Sampai orang kampung pun dah menyampah. 

Tok Aba nak ingatkan orang politik tak kira sapapun, kalau betui-betui nak capai apa depa nak, kena IKHLAS, kalau cakap buat,  bukan cakap depan lain, belakang buat lain. Kalau betui berjuang untuk rakyat, apapun benda yang baik untuk rakyat kena sokong walaupun kita tak sama kem politik.

Ni sebab kerajaan bukan parti kita, bukan pemimpin kita, mulalah nak bantai apa sahaja kerajaan buat. Tok Aba dok sembang dengan kawan-kawan kat kedai kopi depa pun dok tanya pasai apa politik Malaysia jadi macam ini. Parti Melayu dok bergaduh sesama sendiri tak habis-habis.

Yang Tok Aba tak boleh terima la ni kita dok perang dengan Covid-19, bukan suruh ahli politik terus berperang berebut kuasa, nak jatuh menjatuh antara satu sama lain. Lepas tu orang suruh kempen supaya rakyat pi cucuk vaksin, tapi orang politik dok cucuk sesama sendiri.

Tak tau apa ada dalam kepala puak-puak ni terutamanya pembangkang. Apa saja kerajaan buat tak betui, ni tak betui, tu tak betui, last-last yang susah rakyat. Tak boleh ka dok diam sat…bagi kerajaan buat kerja. Kalau ada benda tak berapa nak betui atau lemah, pakat la elok-elok, bukannya nak tunjuk macam kerajaan ni tak tau buat kerja.

Tok Aba cakap macam ni bukan Tok Aba sokong kerajaan, Tok Din pun Tok Aba tak pernah jumpa dok tengok muka dia kat televisyen dengan paper saja. Kadang kala terlintas juga rasa kesian kat Tok Din ni jadi Perdana Menteri masa time-time macam ni.

Lepas tu kena ‘serang’ kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Tapi setakat la ni Tok Aba nampak Tok Din ‘steady’ lagi, kata orang Kedah. 

Cuma yang Tok Aba tak tahan tengok perangai ahli-ahli politik yang dok ‘bantai memanjang’. Depa macam tak peduli pun pasai Covid-19, yang depa nampak la ni time paling baik untuk jatuhkan kerajaan. Covid ni jadi alat saja, perasan kata depa lebih bagus daripada Tok Din dan kerajaan la ni.

Tok Aba tak kata kerajaan ni sempurna, tambah pula kena ‘handle’ isu penyakit besar macam ni. Bukan kata Tok Din, Perdana Menteri kat negara lain pun tengah dok kalut sebab wabak ni sat reda, sat mai balik macam jadi kat Britain. Jadi ahli-ahli politik patut faham la tapi depa buat tak faham.

Perangai hodoh macam tu la menyusahkan kerajaan nak buat apapun. Tok sah dok buat baik macam manapun la, jangan harap puak-puak sebelah sana puji.

Yang Tok Aba lagi tak faham ni yang dok dalam kerajaan tapi perangai pembangkang. Kalau pembangkang, kita boleh faham la asyik bangkang saja..sampai orang kampung Tok Aba kata, ‘depa bangkang sampai masuk longkang’!

Awat jadi macam tu, kalau dah dok dalam kerajaan, tak boleh ka bagi pandangan elok-elok, yang mana baik sokong, yang mana tak berapa baik kerajaan buat tegur cara orang Melayu.

Ni dok perli-perli buat apa. Tau la ada dendam sebab kalah pilihan raya dulu, tapi mai time Covid-19 ni cuba ‘ada akai sikit’ termasuklah pembangkang. Sama-samalah tolong kerajaan. Bila Covid-19 dah tak dak esok, buatla pilihan raya, masa tu ‘gaduh la’ cukup-cukup, tu pun kalau boleh bertanding.

Yang perangai batu api pun ramai, depa tak dak apa-apa jawatan pun tapi dok bercakap macam dia baguih sangat, dulu tanding piilihan raya pun kalah. Tapi orang macam ni laku la sebab boleh bagi hangat politik. Apa nak jadi kat rakyat depa kan peduli sangat, yang penting depa nak tengok kerajaan la tumbang.

Hentila sat politik ni! Ni jom pakat-pakat selesai masalah Covid ni dulu. Ni masalah besar yang bagi susah semua orang, kacau semua benda. Kalau orang politik tak pakat, rakyat nak harap kat sapa lagi. Memang betui la ni tugas kerajaan urus negara, tapi nak urus macam mana kalau asyik kena kacau saja. Bukan pasai, apa kerajaan buat tak betui tapi sebab politik saja.’

Tok sah dok ‘kelentongla’ cakap pasai rakyat, semua tu orang kampung Tok Aba kata ‘muhong’ (bohong) saja.

Tok Aba tak mau nak nasihat suruh berhenti buat perangai buruk tu sebab orang politik ni  tak kan dengar, cuma Tok Aba nak bagi tau dalam keadaan Covid la ni, rakyat bukan kata dah muak tapi dah nak termuntah dengan politik tak habis-habis. 

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan