23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

MPM luluskan Pendaftaran Sementara graduan perubatan 36 IPT

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Majlis Perubatan Malaysia (MPM) meluluskan Pendaftaran Sementara graduan perubatan dari 36 buah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara yang sebelum ini mempunyai perbezaan pada nama kelayakan atau institusi pada skrol ijazah mereka.

MMC dalam satu kenyataan berkata, kelulusan serta-merta itu dibuat setelah mendapat kebenaran daripada Penasihat Undang-undang (PUU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu tersebut.

Daripada 36 IPT terlibat, lima daripadanya adalah IPT tempatan, Indonesia (10), Mesir (7), Rusia (5), Poland (2), Bangladesh (2), United Kingdom (3) dan masing-masing satu dari Sudan dan Jordan.

Berikut kenyataan penuh MMC yang dikeluarkan malam tadi:

Majlis Perubatan Malaysia (MPM) telah mengesan beberapa buah institusi dari dalam dan luar negara yang didapati mempunyai perbezaan pada nama kelayakan dan/atau nama institusi pada skrol ijazah asas perubatan daripada yang diwartakan dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Berdasarkan daripada dapatan tersebut, MPM telah memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan surat layak daftar dan Sijil Pendaftaran Sementara kepada graduan-graduan daripada institusi yang terlibat.

Tujuan pengesanan dan penangguhan ini dilaksanakan adalah supaya tidak berlakunya isu-isu berbangkit pada masa akan datang sekiranya pengamal perubatan ingin memohon pendaftaran dengan MPM contohnya permohonan Pendaftaran Penuh dan Pendaftaran Pakar.

Pada masa yang sama, pihak MPM telah menulis kepada pihak Penasihat Undang-undang (PUU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyemak draf Perintah Perubatan (Jadual Kedua) supaya dapat dilaksanakan dengan segera.

Maklum balas daripada PUU KKM bertarikh 14 Jun 2021 menyatakan bahawa sekiranya perbezaan pada nama kelayakan dan/atau nama institusi tersebut adalah berpunca dari kesilapan yang bersifatkan editorial dan bukan kesalahan substantif, dengan maksud ia tidak akan menjejaskan atau menyebabkan kekeliruan dalam mengenal pasti institusi dan kelayakan tersebut, maka MPM boleh melaksanakan pendaftaran di bawah Seksyen 12 Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) sementara menunggu kesilapan editorial tersebut dipinda dan diwartakan.

Baca juga:   10,833 kes sembuh; atasi kes harian
Baca juga:   10,833 kes sembuh; atasi kes harian

Dengan syor dari PUU KKM, MPM telah mengenal pasti 36 buah institusi yang terlibat dengan kesilapan editorial.

Pandangan dari PUU Kementerian Kesihatan Malaysia tersebut telah dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Penilaian (JKP 1) Bil. 6/2021 yang bersidang pada 17 Jun 2021.

Sukacita dimaklumkan mesyuarat telah bersetuju untuk mengesyorkan kepada Mesyuarat MPM kali ke-407 yang akan bersidang pada 22 Jun 2021 bagi membenarkan proses Pendaftaran Sementara diteruskan serta merta kepada para graduan daripada 36 buah institusi tersebut, dan pada masa yang sama proses pembetulan dan pewartaan akan dijalankan.

Mesyuarat JKP 1 juga akan mengesyorkan kepada Majlis bahawa mana-mana pengamal perubatan daripada institusi yang tersenarai ini dan telah pun berdaftar dengan MPM sebelum pembetulan dan pewartaan dilakukan adalah pengamal perubatan yang sah berdaftar di sisi undang-undang.

Sehubungan dengan itu, bagi graduan-graduan daripada institusi yang disenaraikan seperti di Lampiran A boleh mengemukakan permohonan Pendaftaran Sementara bermula hari ini melalui sistem Medical Register Information and Technical System (MeRITS). – Edisi 9

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan