34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Antivaksin, tak ikut SOP, politikkan Covid…Menyusahkan orang

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

TOK Aba seronok baca berita hari ini dah  155,000 orang pi cucuk vaksin dalam sehari. Alhamdulillah, sambutan makin hebat walaupun ada puak-puak dok meracau tak habis-habis pasal vaksin.

Macam-macam depa cakap, macam-macam video depa buat ada yang kait dengan benda ‘dalam kain pun’ ada.

Depa dok ingat semua orang jahil macam depa dok percaya benda karut marut pasai vaksin ini. Yang pelik yang dok buat ni orang Melayu. Dan ada pulak orang Melayu yang percaya.

Walaupun ulama seluruh dunia dah buat keputusan dan Majlis Fatwa Kebangsaan pun sokong sejak 3 Disember 2020, ada lagi orang Melayu dok percaya benda yang tak betui.

Yang dok pandai-pandai kata vaksin tak selamat ni sapa? Yang dok kata bila cucuk vaksin dua kali boleh mati dua tahun lagi ini sapa?

Ni semua orang yang tak ada kerja dah rasa lebih pandai daripada doktor  dan para ulama. Puak antivaksin ni tak cerdik, kalau cerdik depa tak buat ‘kerja bodoh’ tu sebarkan benda yang tak betui. Kalau hampa tak mau ambik apa hampa punya pasai la tapi tak payah la nak hasut orang lain.

Kalau orang percaya apa hampa cakap, lepas tu orang tu kena Covid-19, sapa nak tanggung dosa? Tapi puak antivaksin ni ada masalah  jiwa dan mental.

Terlalu taksub dengan pemikiran sendiri, kononnya depa la lebih tau apa ada dalam vaksin tu berbanding berjuta-juta doktor yang sokong suntikan vaksin.

Tok Aba nak bagi tau geng antivaksin, tok sah dok buat kerja-kerja tak berfaedah tu. Orang dah tak percaya dah sebab tu makin ramai dok berebut nak vaksin. Yang Tok Aba seronok tu, ramai warga emas macam Tok Aba ni pun semakin bersemangat nak pi cucuk. Alhamdulillah.

Insyaallah, kalau semua sokongan program vaksin ni, kita akan dapat imuniti kelompok hujung tahun ini. Bila dah capai kelompok ini barulah kita bebas  dah nak pi manapun, bukan terkurung dalam rumah macam la ini.

Tok Aba tau ramai rindu nak balik kampung, ramai nak pi bercuti, ramai nak pi jalan-jalan tapi semua tak boleh sebab Covid dok banyak lagi. Tapi kalau kita semua patuh SOP, dengar apa arahan kerajaan macam mana nak elak Covid merebak, inshaallah kita dapat hapuskan wabak tu.

Tapi masalahnya ada antara kita keras kepala. Panas hati bila dengar Pak Long Mail  bagi tau setiap hari berapa ramai yang langgar SOP. Jumlah bukan sikit nak cecah 1,000 sehari pun ada. Apa masalah hampa ni? Tak kan dah setahun Covid tak faham-faham lagi apa SOP kena patuh.

Sebenarnya depa ni faham tapi buat-buat tak faham. Kadang kala Tok Aba terserempak dengan geng tak pakai pelitup muka ni, muka buat selamba saja walaupun orang dok perhati.

Bila kena saman mula nak maki kerajaan dalam media sosial, lepas tu ada la pula puak yang kononnya jadi pembela rakyat akan  masuk belah depa, last-last kerajaan jugak nampak buruk.

Tok Aba tetap sokong apa pun tindakan pihak berkuasa terhadap golongan yang langgar SOP. Kalau terus berlembut sampai bilapun kita tak boleh selesai masalah Covid.

Kena faham Covid ni wabak! Covid ini bukan masalah politik yang boleh diselesaikan melalui peti undi. Covid ni virus yang cukup bahaya. Sama ada kita tahan virus itu merebak atau tidak, ia bergantung kepada semua orang. Semua kena bagi kerjasama patuh SOP.

Pada masa sama, Tok Aba pun nak mintala kat geng-geng politik, tok sah la ‘time-time’ macam ni dok cerita lagi hal politik atau cuba nak cari political millage.

Apa saja kerajaan pasal Covid ni semua tak betul. Bukan depa tak tau, ni la kali pertama Malaysia kena wabak macam ni. Ada pemimpin pembangkang bertaraf pakar perubatan pun mengakui inilah kali pertama kita berhadapan dengan satu krisis yang gugat dua benda serentak iaitu Kesihatan dan Ekonomi.

Maknanya cabaran cukup getir pasti ada kelemahan sana sini, tapi tak payahlah jadikan benda tu modal politik. Bagilah pandangan, insyaallah kerajaan ikut.

Macam program vaksin, awal-awal ada masalah tapi hari ke hari disebabkan Bro KJ terima pandangan dan kritikan lepas tu buat pembetulan, tengok la ni program ni makin berjaya. 

Tok Aba tengok dalam media sosial ramai puji kelancaran di PPV, jumlah kena cucukpun dah naik. Jadi dah tak ada masalah dah.

Kesimpulannya Tok Aba nak cakap puak antivaksin,tak patuhi SOP, politikkan Covid sama sahaja… menyusahkan orang.

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan