24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KIPMall Kota Warisan jana elektrik guna PV Solar

Mesti Baca

CYBERJAYA – KIPMall komited untuk menjadi sebahagian daripada komuniti hijau dengan memberi penyelesaian yang berkesinambungan melalui pemasangan sistem Solar Fotovoltan (PV Solar) agar tenaga elektrik dihasilkan dengan tarif yang lebih rendah dan mengurangkan jejak karbon.

KIPMall Kota Warisan, pusat beli-belah dua tingkat yang dibuka pada Oktober 2017 menempatkan penyewa khas seperti Econsave, KFC, Boat Noodle, The Chicken Rice Shop, Teh Tarik Place, Secret Recipe, Tealive, Cool Blog, Happy Lemon, MyeongDong Topokki, Mr DIY, Mr. Dollar, Watsons, Health Lane, MNB Fashion, XES Shoes dan banyak lagi.

Berikutan kejayaan pelaksanaan sistem PV Solar sebanyak 2.73MWp oleh Pekat Solar Sdn Bhd di enam KIPMall di seluruh negara, KIPMall Kota Warisan telah menyertai senarai pusat beli-belah yang memanfaatkan tenaga bersih dan yang paling penting, menjadi contoh bagi masyarakat lain.

Pemasangan panel solar 957 kilowatt-puncak (kWp) merangkumi kawasan bumbung seluas 59,683,26 kaki persegi bagi menjana sistem elektrik yang menempatkan 131 penyewa dengan luas lantai kasar (GFA) 296.588 kaki persegi.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Pekat, Chin berkata, sistem tersebut mampu menghasilkan tenaga bersih sehingga 1,237,09 Megawatt-jam (MWh) setiap tahun yang setara dengan menyelamatkan sebanyak 119 pokok setahun.

“Ia boleh menyalurkan tenaga elektrik kepada 137 isi rumah selama empat tahun, dan pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2) kira-kira 866 tan setiap tahun. Penjimatan tenaga dianggarkan 106 peratus setahun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KIP, Valerie Ong berkata, tenaga boleh diperbaharui adalah untuk kelestarian masa depan.

Menurut beliau, KIP dan telah memulakan inisiatif memasang sistem PV Solar di atas bumbung pusat beli-belah KIP Mall beberapa tahun lalu bagi membantu menyediakan bekalan kuasa yang stabil, mengurangkan pelepasan gas rumah kaca, meminimumkan pencemaran udara dan memperluas akses kepada tenaga.

VALERIE ONG

“Kelestarian adalah kunci kejayaan pertumbuhan perniagaan dan oleh itu menjaga kos operasi kami rendah adalah penting.

“Dengan memasang sistem PV ini, kita dapat menjimatkan bil elektrik antara 30 hingga 40 peratus.

“Selain itu, kami juga secara proaktif meneroka penyelesaian tenaga bersih yang lain sehingga memberikan persekitaran yang lebih baik kepada penyewa dan pelanggan kami,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan