24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

574 kompaun peniaga tak patuh SOP – KPDNHEP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan sebanyak 574 kompaun kepada para peniaga yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berkata, kesalahan tersebut dikesan sepanjang penguatkuasaan pematuhan SOP PKP yang dijalankan mulai 13 Mei lalu hingga semalam.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 615,996 premis telah diperiksa.

“Berdasarkan statistik tersebut, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran boleh dikatakan berada pada tahap yang memuaskan di mana 98.54 peratus premis patuh kepada SOP ditetapkan.

“Manakala 0.1 peratus premis sahaja yang dikenakan kompaun dan selebihnya iaitu 1.2 peratus premis diberi nasihat dan amaran,” kata Bahagian Penguatkuasa KDPNHEP dalam kenyataan media, hari ini.

Tindakan penguatkuasaan pematuhan SOP sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 sekatan pergerakan penuh yang bermula 1 Jun sehingga semalam telah menyaksikan sejumlah 44,903 premis diperiksa.

Sebanyak 388 kes dikenakan ke atas pesalah melibatkan syarikat atau individu yang telah gagal mematuhi pematuhan SOP yang berkuat kuasa di bawah Akta 342 dengan nilai kompaun sejumlah RM2,141,500.

Advertisements

Kesalahan yang dilakukan termasuk gagal menyediakan penjarakan 1 meter (35 kes), gagal mendaftar masuk menggunakan buku atau aplikasi MySejahtera (126), menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan (60 kes), gagal mempamerkan had bilangan maksimum pelanggan (16 kes), gagal mematuhi waktu operasi (4 kes), gagal memakai pelitup muka (18 kes) dan kesalahan-kesalahan lain (129 kes).

Sebanyak 18 stesen minyak dikenakan kompaun kerana melanggar SOP diikuti kedai perkakasan (31 kes), kedai runcit atau pasar mini (43 kes), kedai dobi (22 kes), farmasi (10 kes), pemborong (26 kes), pasar raya besar atau pasar raya (41 kes), bengkel (12 kes), kedai makan atau restoran (33 kes) dan premis-premis lain (152 kes).

Berdasarkan statistik, sebanyak 132 aduan diterima daripada orang awam mulai 1 hingga 26 Jun 2021 dan kesemuanya telah disiasat sepanjang tempoh PKP 3.0 sekatan pergerakan penuh.

KPDNHEP sebagai salah satu agensi yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan SOP PKP dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menegaskan tidak akan berkompromi dengan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun ke atas mana-mana syarikat/individu yang melanggar pematuhan SOP yang berkuatkuasa.

Kementerian menyarankan agar semua pemain industri di bawah sektor perdagangan pengedaran khususnya untuk memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya oleh pekerja dan pelanggan masing-masing.

Pemilik premis perniagaan hendaklah sentiasa proaktif, peka dan memastikan pematuhan SOP sentiasa berada di tahap yang maksimum bagi memastikan keselamatan premis masing-masing dan orang ramai dapat terpelihara di samping tidak mewujudkan kluster baharu COVID-19 di bawah sektor perdagangan pengedaran.

“Kerjasama semua pihak dalam sektor perdagangan pengedaran khususnya perlu diperkukuh untuk mengimbangi kelangsungan ekonomi domestik negara dan mengawal penularan COVID-19 serta memastikan kesihatan rakyat terus terjamin,” kata Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan