27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

DBKL teruskan operasi, 55 notis kompaun dikeluarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN penguatkuasaan diteruskan lagi bagi memelihara keselamatan pengguna di jalan raya semalam.

Kali ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Alam Sekitar dan Polis Trafik Kuala Lumpur telah melaksanakan Ops Bersih di sekitar Jalan Kuching dan Jalan Amra.

Tindakan penguatkuasaan dengan kekuatan seramai 25 anggota semalam tertumpu terhadap kenderaan berat bagi memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

DBKL berkata, sejumlah 55 notis kompaun telah dikeluarkan oleh agensi-agensi yang terlibat terhadap pelbagai kesalahan.

“DBKL sendiri telah mengeluarkan 11 notis kompaun di bawah UUK Pengangkutan Bahan WPKL 1997.

Sepanjang operasi yang berlangsung hampir 2 jam, sejumlah 76 buah kenderaan (pelbagai jenis) telah diperiksa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar DBKL, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan