31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

280,904 OKU daftar MySejahtera untuk vaksin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 280,904 daripada 579,150 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di bawah sistem maklumat OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 15,914 individu telah menerima dos pertama manakala kira-kira 4,000 individu telah menerima dos kedua.

“Saya amat berbangga dengan kesedaran ahli keluarga dan penjaga kepada individu OKU tentang ancaman virus COVID-19 serta menghargai sokongan mereka terhadap program imunisasi COVID-19,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menguals tentang lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU-pandu lalu yang pertama di dalam negara bagi meninjau proses pemberian vaksin kepada komuniti OKU.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Pengerusi OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

OKU vaksin
Gambar: Facebook Muhyiddin Yassin

Pada program itu, Muhyiddin turut mengumumkan sukarelawan OKU akan menikmati kenaikan kadar elaun harian kepada RM100 sehari, sebagaimana yang bakal diterima sukarelawan kesihatan bermula hujung bulan ini seperti yang diumumkan beliau di Pagoh, Selasa lalu.

Beliau menambah, PPV OKU-pandu lalu yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU Sentral dibuka khas untuk membantu ahli komuniti OKU menerima suntikan vaksin mengikut kesesuaian dan keadaan mereka dengan dibantu oleh sukarelawan OKU yang berpengalaman berurusan dengan komuniti OKU.

Advertisements

“Proses vaksinasi golongan OKU bukanlah suatu tugas yang mudah kerana sifat atau tidak balas mereka yang tentunya berlainan daripada biasa.

“Kesabaran petugas kesihatan dan sukarelawan di PPV ini mendepani karenah mereka amat dihargai.

“Langkah menyediakan bilik bertenang atau ‘calm room’ yang dilengkapi permainan dan juga alunan muzik juga adalah satu inisiatif yang amat baik dalam membantu ‘menenangkan’ anak-anak OKU ini,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, usaha kerajaan dengan penglibatan NGO dan sektor swasta amat diperlukan dalam memastikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan, OKU Sentral sebagai pengendali, para sukarelawan OKU, Sime Darby Plantation dan Yayasan Sime Darby yang membantu menaja lokasi dan perkhidmatan logistik sepanjang program vaksinasi OKU ini dijalankan,” ujarnya.

Beliau amat berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan NGO dapat berganding bahu serta memberikan sokongan kepada usaha kerajaan untuk menjayakan program vaksinasi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan