30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ops Catut minyak masak periksa 224 premis

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan premis ke atas sejumlah 224 premis di bawah Ops Catut 8.0 (minyak masak). 

Kementerian itu berkata, pelaksanaan pemeriksaan ini dijalankan di peringkat peruncit di seluruh negara bagi memantau perubahan harga barangan berkenaan di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. 

“Objektif operasi ini adalah untuk memantau dan mengawal kenaikan harga minyak masak yang berterusan di pasaran.

“KPDNHEP Negeri diberi tanggungjawab menyelaras dan mengatur pemeriksaan harian di peringkat Negeri dan Daerah dengan memeriksa maklumat harga dan kos minyak masak yang berada di bawah kawal seliaan Negeri masing-masing,” kata KPDNHEP dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut kementerian tersebut, pemeriksaan bertujuan memantau setiap peniaga agar mematuhi perundangan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

“Anggota Penguat Kuasa KPDNHEP turut membuat pemantauan bekalan barangan keperluan yang lain di dalam operasi ini yang dijalankan setiap hari.

“Selain itu, tahap pematuhan SOP oleh pemilik premis turut diperiksa bagi memastikan usaha mencapai sifar kes Covid-19 dapat dicapai,” kata kenyataan itu lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan