25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MITI cari lokasi bangunkan PPV untuk PIKAS

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan melipatgandakan usaha membangunkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memenuhi permohonan syarikat di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Sehubungan itu kementerian tersebut melalui ciapan dalam akaun Twitter memaklumkan, mereka sedang menilai beberapa lokasi berpotensi untuk dijadikan PPV.

“Selain membantu mempercepatkan vaksinasi di Malaysia, PIKAS juga mencipta manfaat ekonomi bagi industri #MICE yang terkesan teruk akibat pandemik,” kata MITI.

Menurut MITI, PIKAS  telah membuka ruang pembukaan lebih PPV untuk kegunaan vaksinasi bagi pekerja di dalam sektor kritikal.

“Pada masa yang sama, pembangunan PPV ini telah mencipta manfaat ekonomi kepada pemilik ruang persidangan, pameran dan acara secara amnya yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19,” kata MITI. 

PIKAS dilancar pada 12 Jun lalu, dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan daripada persatuan industri, dewan perniagaan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi khususnya pekerja, dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.

Setakat ini sebanyak 2,082 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar untuk vaksinasi di bawah PIKAS. 

Daripada angka itu, sebanyak 255 syarikat membabitkan seramai 14,357 pekerja merupakan pemain industri di Johor. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan