27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 5, 2022

PM akan umum pakej bantuan ekonomi lebih besar – Khairy

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu berkata, kerajaan akan segera memberikan satu lagi pakej bantuan ekonomi dalam masa terdekat.

Beliau memaklumkan inisiatif untuk menangani dampak Covid-19 itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya yakin Perdana Menteri akan segera membuat pengumuman, mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar. (Tetapi) saya tidak mahu mendahului dengan membuat pengumuman lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi libat urus dalam talian bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) sempena mesyuarat agung tahunannya yang ke-45 seperti dilapor Malaysiakini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjawab soalan anggota dewan berkenaan yang ingin tahu apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu pemain industri yang terjejas teruk oleh kemerosotan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Menurut N Gobalakrishnan, yang juga Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), ramai majikan sudah sampai ke tahap mereka tidak lagi mampu membayar gaji pekerja.

“Apa tindakan selanjutnya oleh kerajaan yang boleh dikategorikan untuk membantu pemain industri? Kami sedang melalui zaman merudum,” katanya.

Baca juga:   Muhyiddin mahu perbaiki hubungan Bersatu-UMNO

Pada 17 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Baca juga:   Vaksin: Khairy tegur industri kenakan caj tambahan melampau

“Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat…. bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.

‘’Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat),” katanya.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.

Terkini

Kesan 3 hilang termasuk ibu mengandung sulung di Baling

TIGA sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir...

Lagi Artikel Berkaitan