27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Suntikan vaksin percuma termasuk di klinik swasta – Khairy

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sekali lagi menegaskan, suntikan vaksin di bawah program itu diberikan percuma kepada semua penduduk Malaysia.

Sehubungan itu beliau menegaskan, tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi Covid-19. 

“Tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas janji temu yang telah diberikan untuk divaksinasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa jenis PPV yang dikendalikan oleh pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“PPV tersebut adalah PPV Pengamal Perubatan Am Swasta, PPV Hospital Swasta, PPV Klinik Pakar, PPV Pusat Jagaan Ambulatori dan PPV Industri,” katanya.

Khairy menjelaskan, prinsip yang sama juga terpakai untuk program PPV Industri di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang telah digerakkan untuk mengawal penularan wabak Covid-19 melalui Fasa 4 PICK,” katanya.

Tegas beliau, di bawah PIKAS vaksin dibekalkan secara percuma dan kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan  yang merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta.

“Majikan dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin dan sebaliknya untuk terus melaporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan