25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kegiatan jual vaksin, tiga warga tempatan ditahan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin Covid-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 23 dan 50 tahun itu, ditahan hasil siasatan polis berikutan laporan polis oleh seorang Pegawai Penyelidik Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), berhubung perkara itu.

Beliau berkata kesemua mereka yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta, didapati menawarkan serta menjual vaksin Covid-19 dan akan membuat panggilan telefon kepada orang awam.

“Mereka kemudian mengenakan harga sebanyak RM420 bagi dua dos vaksin yang akan disuntik. Bayaran bagaimanapun akan dibuat selepas pelanggan selesai menerima kedua-dua dos suntikan.

“Hasil serbuan di kediaman suspek, polis merampas enam telefon bimbit selain beberapa dokumen berkaitan kegiatan itu, dan kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata, pengesahan turut dibuat oleh Ketua Sekretariat CITF Persekutuan bahawa, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 tidak memberi kelulusan mana-mana pihak untuk menjual vaksin Covid-19.

Hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi menegaskan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.

Katanya, tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi Covid-19. 

‘’Tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas janji temu yang telah diberikan untuk divaksinasi,’’ katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin dan sebaliknya untuk terus melaporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan