33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

TMJ nasihat rakyat Johor daftar untuk suntikan vaksin

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menasihati rakyat di negeri itu agar mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 supaya imuniti kelompok dapat dicapai dalam masa terdekat. 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah ini kerana vaksinasi dibuktikan dapat mengurangkan penularan wabak Covid-19 dengan berkesan.

“Sangat penting untuk kita mencapai imuniti kelompok demi membendung penularan wabak ini. Jika imuniti kelompok dicapai dalam masa terdekat, maka kehidupan kita dapat kembali normal dan pemulihan ekonomi Johor boleh bermula,” titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan berangkat ke PPV AstraZeneca di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bagi meninjau pengoperasian program vaksinasi Covid-19 di pusat berkenaan yang beroperasi dari 7 Jun hingga 27 Julai ini.

Semalam, Bernama melaporkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap kadar vaksinasi di Johor yang dilihat masih perlahan iaitu hanya 10 peratus daripada 3.78 juta populasi di negeri itu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor menunjukkan setakat 20 Jun,  sebanyak 370,186 dos pertama telah diberikan dan 160,007 telah lengkap dua dos vaksinasi. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan