24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

1,897 kertas siasatan kes media sosial – PDRM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 1,897 kertas siasatan melibatkan kes media sosial sepanjang tempoh Januari 2019 sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 185 kes menyentuh institusi diraja, 112 kes melibatkan kaum dan 169 kes berkaitan penghinaan agama.

Selain itu, menurut beliau, sebanyak 248 kes berkaitan kerajaan dan 1,184 kes melibatkan individu atau agensi.

“Sebanyak 844 (44.5 peratus) kes telah berjaya diselesaikan manakala baki 1,053 kes (55.5 peratus) lagi masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abdul Jalil menambah, sepanjang tempoh 18 Mac 2020 sehingga 20 Jun lalu, sebanyak 254 kes melibatkan siasatan penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 109 (43 peratus) kes berjaya diselesaikan manakala 145 kes (57 peratus) masih dalam siasatan.

Advertisements

Abdul Jalil menjelaskan, Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5) Bukit Aman bertanggungjawab memantau, sekali gus dengan bantuan kontinjen seluruh negara, menjalankan siasatan kes media sosial.

Beliau berkata, siasatan melibatkan penyebaran berita palsu atau hasutan yang boleh membangkitkan perasaan tidak setia, menyebabkan kegentaran awam atau menggugat keamanan negara yang berbaur penghinaan terhadap institusi diraja, kerajaan, pentadbiran keadilan serta sensitiviti agama dan kaum.

“Siasatan dijalankan selari dengan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” ujarnya.

Abdul Jalil menyatakan, siasatan dilakukan sekiranya terdapat elemen kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 500 / 504 / 505 / 298A / 298 / 203A), Akta Hasutan 1948, kes-kes yang melibatkan raja, agama, kaum, kerajaan, pentadbiran keadailan, individu berpengaruh atau kes berprofil tinggi dan kesalahan di bawah undang-undang lain seperti Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“PDRM menyeru dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk berita atau maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.

“Sebarang bentuk penularan berita palsu, berkecenderungan menghasut atau apa-apa berita yang boleh menyebabkan kegentaran awam melalui platform media sosial tersenarai dalam kesalahan yang boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan