26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Imigresen tahan 15 wanita asing terlibat kegiatan pelacuran

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lima belas wanita warga asing adalah antara 22 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras dekat sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira 7 malam.

Beliau berkata wanita terbabit terdiri daripada 11 warga Thailand, tiga Vietnam dan seorang Indonesia manakala tujuh lelaki yang ditahan merupakan penyelia dan pengurus di premis berkenaan. 

“Tiga pelanggan dan pekerja hotel yang berada di lokasi pula diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. 

“Kegiatan itu dijalankan di tingkat tiga hotel berkenaan manakala bilik-bilik didaftar menggunakan nama warganegara tempatan yang disyaki bertindak sebagai penjaga bagi wanita-wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hanya pelanggan yang dikenali dibenarkan untuk melanggan khidmat pelacuran yang ditawarkan bagi mengelak ia dihidu pihak penguat kuasa, dan kegiatan itu dipercayai dijalankan atas pengetahuan pihak pengurusan hotel terbabit.

Khairul Dzaimee berkata perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga dari RM230 hingga RM500 bagi tempoh masa selama 45 minit dengan separuh bayaran diambil oleh majikan dan selebihnya merupakan tip untuk wanita berkenaan bagi setiap pelanggan. 

Baca juga:   'Love scam', ejen hartanah rugi RM2.7 juta

“Pelanggan terlebih dahulu memilih wanita warga asing yang ingin dilanggan melalui aplikasi WeChat, Telegram atau LINK dan bayaran perlu dilakukan kepada penjaga atau penyelia terlebih dahulu di lobi hotel sebelum diberikan nombor bilik wanita yang ditempah,” katanya. 

Baca juga:   Polis nafi kasari suspek keganasan rumah tangga

Beliau berkata turut dirampas semasa serbuan itu, beberapa keping kondom, minyak pelincir, kad akses bilik, Kamera Litar Tertutup hotel dan telefon bimbit bagi membantu siasatan. 

“Kesemua tahanan akan dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan atas pelbagai kesalahan.

“Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan,” katanya. 

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan