30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kembali lebih 5,000 kes positif, 6.3 juta dos vaksin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan positif baharu COVID-19 di negara ini kembali melepasi angka 5,000 kes hari ini setelah mencatatkan 4,611 kes kelmarin dan 4,743 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,244 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 711,006 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,237 kes melibatkan penularan tempatan manakala tujuh lagi adalah kes import.

Sumber: Infografik Kementerian Kesihatan

“Sebanyak 83 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 35 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur, lapan kes di Johor,masing-masing tujuh kes di Sabah dan Negeri Sembilan, enam kes di Kelantan, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Labuan, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Kedah, Melaka, dan Perlis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

kes positif
Sumber: Infografik Kementerian Kesihatan

Selangor masih lagi negeri yang mempunyai kadar penularan harian tertinggi hari ini dengan mencatatkan sebanyak 2,001 kes diikuti Negeri Sembilan (677 kes), Sarawak (577 kes) dan Kuala Lumpur (531 kes).

Tambah beliau, sebanyak 60,816 kes masih aktif manakala 879 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 433 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut melaporkan, sebanyak 6,372 kes telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan 645,553 kes,

kluster
Sumber: Infografik Kementerian Kesihatan

Sebanyak 24 kluster baharu dikesan hari ini, melibatkan 15 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, satu kluster berisiko tinggi dan satu kluster tahanan.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,690 kluster telah dikesan di seluruh negara sejak pandemik mula melanda.

Sebanyak 1,839 kluster masih tamat manakala 851 kluster lagi masih aktif.

Sementara itu, merujuk kepada maklumat yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan melalui Facebook, jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam adalah 6,301,727 dos.

kes positif
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan

Jumlah yang menerima dos pertama adalah seramai 4,574,685 orang dan daripada jumlah itu, seramai 1,727,042 orang juga menerima dos kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui Twitter memaklumkan, sebanyak 250,259 dos vaksin disuntik semalam. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan