31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Langgar SOP: 4 tapak binaan diarah tutup serta-merta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan dua tapak pembinaan ditutup di Sabah kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-dua tapak binaan yang masing-masing terletak di Beaufort dan Kinabatangan diarahkan untuk menghentikan operasi serta-merta oleh penguat kuasa CIDB Sabah kerana tidak patuh senarai semak SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi sektor pembinaan.

Menurut CIDB, lain-lain kesalahan dalah beroperasi tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), perakuan pendaftaran telah tamat tempoh (Seksyen 25 Akta CIDB) serta kerja yang dijalankan bukan kritikal dan siasatan mendapati gagal membuktikan kelulusan MITI.

Selain itu,rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau pihak berkuasa tempatan (PBT), gagal mematuhi SOP Kementerian Kesihatan dan gagal mengisytiharkan projek kepada CIDB.

“Tindakan yang diambil adalah mengeluarkan Notis Pemberhentian Kerja N3E/2021 dan Notis Gagal Mematuhi SOP Kerja Pembinaan Semasa PKP N3B/2015,” jelas CIDB dalam kenyataan media, hari ini.

Secara keseluruhan, sebanyak lapan tapak pembinaan diperiksa di Sabah dan daripada jumlah itu, enam tapak tidak beroperasi.

SOP Tapak
Tapak pembinaan di Johor Bahru yang diarahkan untuk menghentikan operasi atas kesalahan melanggar SOP PKP 3.0.

Sementara itu, CIDB mengarahkan dua tapak pembinaan di Johor Bahru ditutup manakala kelulusan MITI ditarik balik kerana gagal mematuhi SOP PKP dan penginapan pekerja tidak mendapat kelulusan JTK dan PBT.

Sebanyak 16 tapak pembinaan diperiksa di sekitar daerah tersebut dan daripada jumlah itu, sembilan tapak sahaja yang beroperasi.

Advertisements

CIDB menambah, secara keseluruhan, sebanyak 153 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh PKP 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi SOP.

Lembaga tersebut memberitahu, sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 2,678 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 511 (19 peratus) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 2,167 (81 peratus) tidak beroperasi.

“Daripada 511 tapak yang beroperasi didapati 153 tapak pembinaan (30 peratus) tidak mematuhi SOP, manakala 358 (70 peratus) tapak lagi mematuhi SOP.

“Kesemua 153 tapak pembinaan tidak mematuhi SOP berkenaan telah diarah tutup serta-merta,” kata CIDB.

Walau bagaimanapun, CIDB menyatakan, sebanyak 11 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Daripada 153 tapak pembinaan yang ditutup sebanyak 48 terletak di Sarawak, di Selangor (29 tapak pembinaan), Melaka (14), Pulau Pinang (10), Terengganu (6), Sabah (10), Johor (7), Kuala Lumpur (5), Pahang (6), Perak (6), Kedah (3), Negeri Sembilan (5), Perlis (3) dan Kelantan (1).

“Manakala 11 yang dibuka semula selepas didapati mematuhi SOP terletak di negeri Terengganu (4), Melaka (3), Johor (2), Kuala Lumpur (1) dan Kedah (1),” jelas CIDB. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan