25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

DAP tahu kritik sahaja, patut bantu perang COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Gerakan menempelak DAP yang dikatakan hanya tahu mengkritik kerajaan tanpa menyumbang terhadap usaha menghentikan penularan pandemik COVID-19.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, DAP mengabaikan usaha dan kerjasama seluruh rakyat yang kini bermati-matian mengekang pandemik tersebut.

“DAP meneruskan propaganda politik mereka dengan membuat serangan dan fitnah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau meragui tentang peranan yang dimainkan oleh DAP dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

“Adakah kewujudan DAP hanya demi menumbangkan kerajaan, tanpa mengambil berat negara yang berada dalam keadaan porak-peranda akan memberi kesan kepada pembangunan negara?” soalnya.

Dominic seterusnya menasihatkan DAP yang mempunyai 42 Ahli Parlimen supaya jangan membantutkan usaha seluruh rakyat untuk menewaskan COVID-19 sekiranya mereka tidak ingin menghulurkan bantuan dalam medan peperangan berkenaan

“Rakyat berasa meluat dengan kekacauan politik. Maka, sudah tiba masanya untuk DAP menghentikan segala permainan politik mereka, bekerjasama dengan kerajaan untuk memerangi wabak COVID-19,” jelasnya.

Baca juga:   YEZP sumbang kit tanaman hidroponik untuk yang memerlukan

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan terdapat kekurangan dalam usaha kerajaan membanteras penularan COVID-19.

Namun, Dominic berpendapat, kerajaan tetap mencuba sedaya upaya untuk menewaskan pandemik itu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada DAP enggan mengakui usaha kerajaan PN dan barisan hadapan dalam menewaskan COVID-19 selama ini.

Baca juga:   111 pintu masuk dikawal ketat kekang kemasukan PATI

Sehubungan itu, Dominic mengemukakan 10 soalan kepada DAP:

  1. Apakah peranan yang dimainkan DAP dalam arena politik negara kita?
  2. Adakah mempolitikkan segala isu telah menjadi satu kebiasaan DAP?
  3. Adakah motif sebenar DAP berkeras untuk membuka semula persidangan Parlimen adalah untuk menumbangkan kerajaan?
  4. Mengapakah DAP menolak penubuhan jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang bagi meninjau hal pembukaan Parlimen? Apakah agenda tersembunyi DAP dalam isu ini?
  5. Adakah DAP tidak dapat menerima dan mengakui jasa dan sumbangan kerajaan PN dan anggota barisan hadapan dalam usaha memerangi COVID-19?
  6. DAP mengutamakan kepentingan rakyat atau profit politik mereka ketika mengendali dan menangani sebarang isu?
  7. Adakah DAP sanggup melepaskan prinsip mereka atau bekerjasama dengan mana-mana parti demi kepentingan politik mereka?
  8. Adakah DAP berharap melihat negara kita dalam keadaan huru-hara, dan adakah DAP merasa gembira sekiranya rakyat membenci kerajaan?
  9. Adakah perampasan kuasa dan penggulingan kerajaan merupakan satu-satunya agenda politik DAP?
  10. Adakah DAP sedia bekerjasama dengan kerajaan PN untuk memerangi COVID-19, dan sudi mengetepikan perbezaan pendirian politik demi rakyat? – EDISI 9
Baca juga:   Parlimen berisiko tinggi, KKM nasihat sidang ditangguh

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan