34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PKP: Pemberi pinjam wang berlesen boleh beroperasi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada sektor kredit komuniti atau pemberi pinjam wang yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dengan serta-merta.

Kebenaran itu adalah susulan mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Jun lalu.

Menurut KPKT, syarikat kredit komuniti atau pemberi pinjam wang perlu membuat permohonan baharu kebenaran pengoperasian menerusi www.miti.gov.my dengan mengakses portal CIMS 3.0 (melalui pautan notification.miti.gov.my) berkuat kuasa 23 Jun.

“Syarikat hanya dibenarkan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada sistem CIMS,” kata KPKT dalam kenyataan media, hari ini.

Bagi syarikat kredit komuniti di Sabah, Sarawak dan Labuan, kebenaran beroperasi perlu dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Kewangan Sabah, Jabatan Kerajaan Sarawak dan Perbadanan Labuan.

KPKT selaku agensi yang mengawal selia aktiviti kredit komuniti telah mengambil beberapa langkah bagi mengemas kini semula prosedur operasi standard untuk sektor kredit komunit (pemberi pinjam wang) seperti berikut:

  • waktu operasi dan waktu bertemu pelanggan adalah dihadkan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang;
  • hanya dua pelanggan dibenarkan berada di dalam premis pada satu-satu masa. Pelanggan adalah digalakkan untuk membuat temujanji sebelum mengunjungi premis bagi mengurangkan bilangan pelanggan yang beratur;
  • kapasiti pekerja adalah terhad kepada 60 peratus kehadiran pekerja termasuk operasi dan pengurusan;
  • syarikat kredit komuniti / pemberi pinjam wang wajib menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan. Pelanggan diwajibkan untuk mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet atau jika tidak mempunyai telefon pintar;
  • pelanggan perlu menjalankan imbasan suhu badan di pintu masuk dan menggunakan cecair pensanitasi tangan sebelum memasuki premis. Pelanggan yang mempunyai suhu melebihi 37.5 Celcius atau menunjukkan simptom seperti sakit tekak, batuk, selesema dan sesak nafas tidak dibenarkan memasuki premis; dan
  • syarikat kredit komuniti perlu memaklumkan segera kepada KPKT dan merujuk kepada SOP MKN dan Kementerian Kesihatan sekiranya terdapat kakitangan atau pelanggan yang disahkan positif COVID-19. Ini bagi memastikan tiada penularan yang berlaku di sektor ini dan syarikat kredit komuniti lebih peka serta mematuhi arahan yang berkuat kuasa.

Pengoperasian sektor kredit komuniti merupakan sektor ke-13 yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Kluster Kerajaan Tempatan di bawah Sistem CIMS 3.0 sepanjang tempoh PKP Fasa 1.

Sehubungan itu, semua syarikat kredit komuniti perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Orang ramai boleh menghubungi pegawai-pegawai Bahagian Kawalan Kredit Komuniti KPKT melalui talian 03-8891 4695/ 4661/ 4659/ 4652/ 4721 (urusan pelesenan) dan 03-8891 4690/ 4668/ 4658/ 4708 (urusan aduan). – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan