26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Didakwa langgar SOP, Timbalan Menteri disiasat

Mesti Baca

MARAN – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib disiasat berikutan dakwaan penganjuran sambutan Hari Bapa di kediaman beliau.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, Ahli Parlimen Maran itu disiasat setelah gambar yang dikatakan berkaitan majlis tersebut dikesan dalam media sosial semalam.

“Kertas siasatan telah pun dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran sebagaimana arahan MKN Pahang sebaik sahaja tular gambar tersebut dalam media sosial.

“Siasatan lanjut diteruskan oleh pihak PKD Maran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, gambar tersebut dipercayai dirakam pada 19 Jun lalu dan ia diambil oleh jurugambar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Advertisements

Norzamri menambah, jurugambar terbabit telah menghantar gambar tersebut ke kumpulan WhatsApp untuk simpanan mereka.

Beliau memberitahu, kehadiran dalam perjumpaan tersebut terdiri daripada kakitangan KPKT dan Pejabat Ahli Parlimen Maran bagi penyediaan bungkusan barangan sumbangan bantuan mangsa COVID-19 dalam kawasan Parlimen Maran serta perbincangan mengenai perancangan menggalakkan pendaftaran vaksin dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

“Kehadiran seorang kakitangan PKD Maran untuk memberi taklimat jumlah HSO Daerah Maran dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan program dilaksanakan,” jelasnya.

Norzamri berkata, polis juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP MKN sepanjang masa agar dapat memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan