33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

KKM tidak pernah henti pengambilan latihan siswazah

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan tidak pernah menghentikan pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah malah ia diteruskan seperti biasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr.Adham Baba berkata, pengambilan graduan perubatan terus dilaksanakan bagi graduan yang diluluskan pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendedahan pengalaman bekerja sepertimana obligasi yang ditetapkan oleh Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sejak Disember2016,pengambilan graduan perubatan dibuat secara kontrak berikutan kekangan perjawatan tetap dan membolehkan pengambilan dibuat tanpa lagi bergantung kepada kekosongan tetap yang terhad. 

‘’Kontrak yang ditawarkan adalah sehingga tiga tahun bagi membolehkan graduan perubatan menjalani latihan siswazah dan kemudiannya disambung untuk tempoh dua tahun lagi untuk membolehkan mereka melengkapkan khidmat wajib,’’ katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia supaya Kerajaan meneliti semula pengambilan dan penempatan lantikan baharu graduan perubatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan. 

Penelitian itu dicadangkan bagi memastikan graduan perubatan khususnya dalam kalangan Bumiputera dapat berkhidmat secara tetap dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran bidang profesional di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr.Adham memaklumkan bagi tempoh Disember 2016 hingga 31Mei 2021, seramai 23,077 Pegawai Perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.

Daripada jumlah tersebut, seramai 789 daripada2,544 pegawai dari Kohort Lantikan 1 Tahun2016, Kohort Lantikan 1 Tahun 2017 dan sebahagian Kohort Lantikan 2 Tahun 2017 yang layak diperakukan pelantikan tetap telahpun ditawarkan pelantikan tetap oleh SPA. ‘’Kohort lantikan lain yang masih dalam latihan dan belum dipertimbangkan pelantikan tetap, perkhidmatan mereka masih disambung sehingga tahun 2022,’’ katanya.

Berhubung pelantikan secara tetap, beliau menjelaskan, pelantikan ditawarkan kepada pegawai yang melepasi kriteria pelantikan tetap yang telah digariskan menerusi surat pekeliling yang ditetapkan.

Selain itu, jelas Dr.Adham pelantikan tetap dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa selaras dengan peraturan berkaitan perjawatan dan kewangan yang berkuat kuasa. 

‘’Pelantikan tetap melebihi perjawatan tetap keseluruhan sedia ada tidak dibenarkan dan boleh mengundang teguran audit. Bagi memastikan penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama, proses penilaian semasa latihan siswazah dibuat pada setiap penempatan (posting) dan kriteria penilaian pelantikan tetap juga dimaklumkan kepada setiap pegawai.

‘’Selain itu, Kementerian Kesihatan juga telah menubuhkan tiga peringkat Jawatankuasa Penilaian iaitu Jawatankuasa Teknikal Pelantikan Tetap di peringkat Program Perubatan, Jawatankuasa Pemilihan Pelantikan Tetap yang dipengerusikan oleh Tim balan Ketua Setiausaha (Pengurusan) 

‘’Dan perakuan pelantikan tetap kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian iaitu KetuaPengarah Kesihatan  danKetua Setiausaha  Kementerian bagi memelihara ketelusan dan integriti dalam proses memperakukan pelantikan secara tetap,’’ katanya.

Dr.Adham turut menjelaskan sepertimana kementerian lain, KKM juga tertakluk dengan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam (rightsizing) yang berkuatkuasa.

‘’Permohonan perjawatan masih dikemukakan kepada Agensi Pusat mengambilkira keperluan perjawatan sebenar di fasiliti sedia ada dan fasiliti baharu.Pertambahan perjawatan tidak dibuat berdasarkan jumlah graduan perubatan yang bertambah pada setiap tahun,,’’ katanya

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan