26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 18, 2022

Usaha diplomatik mesti dipertingkat demi Palestin – Tok Mat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Usaha diplomatik dan kemanusiaan mesti dipertingkat bagi menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus diserang oleh rejim zionis Israel.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam hal ini Malaysia perlu bekerjasama dengan negara Islam lain mendesak Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) mengadakan sidang khas dan tergempar bagi membincangkan krisis di Palestin itu.

Berikut kenyataan penuh Mohamad yang dimuatkan menerusi Facebooknya:

Saya berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir Mohamad bahawa penyelesian damai mesti segera diusahakan bagi mengendurkan konflik di Palestin waktu ini.

Malaysia wajar mempergiatkan usaha diplomatiknya dan menyokong usaha negara seperti Turki, Tunisia dan Mesir bagi meredakan keadaan di Palestin.

Saya menyeru Perdana Menteri, dengan kerjasama beberapa negara Islam lain, menganjurkan sidang khas dan tergempar negara-negara OIC bagi membincangkan krisis Palestin-Israeal ini.

Malaysia telah lama menjadi pendokong perjuangan kedaulatan negara Palestin.

Sokongan ini mesti diterjemahkan dengan usaha diplomatik yang berganda, serius dan mempunyai impak.

Rakyat Malaysia pula mesti memainkan peranan dengan mengiatkan segera segala ikhtiar kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Jerusalem dan Gaza.

Konflik ketenteraan ini telah bertukar menjadi krisis kemanusiaan dengan orang memerlukan tempat kediaman.

Bekalan makan dan perubatan juga menjadi semakin sukar kerana penutupan sempadan ke Gaza.

Hospital-hospital waktu ini pula beroperasi dalam keadaan kemudahan dan perubatan yang terhad.

Baca juga:   Tok Mat ‘muntahkan lava’ perasaan akar umbi UMNO
Baca juga:   5,718 pesakit sembuh, rekod tertinggi dicatat KKM

Keadaan di tambah buruk dengan wabak Covid-19 yang semakin memburuk.

Marilah kita semua tampil segera, menyumbang setakat yang termampu kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai operasi di Palestin.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat Palestin, insha Allah. – Edisi 9

Terkini

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan...

Lagi Artikel Berkaitan