27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cari strategi betul selesai konflik bukan balas dendam – Dr M

Mesti Baca


CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, satu penyelesaian boleh dicapai untuk konflik Arab-Israel melalui tindakan bersama oleh negara-negara Islam dan mereka yang menyokong hak dan perjuangan rakyat Palestin.

Adalah penting bagi mereka yang menyokong rakyat Palestin untuk mempunyai strategi yang betul untuk mencapai penyelesaian itu, katanya dalam ucapan awam secara langsung melalui laman Facebooknya yang menarik perhatian pengguna Facebook di seluruh dunia.

“Berjuang semata-mata demi perjuangan atau hanya membalas dendam tidak akan membawa sebarang hasil,” katanya dalam ucapan berjudul Seruan Untuk Kemanusian dan Ummah Mengenai Isu Palestin dan Mengecam Kezaliman Israel.

Dr Mahathir juga menzahirkan harapan agar dunia Arab dan rakyat Palestin duduk berbincang dan memikirkan strategi sesuai untuk berdepan dengan rejim Zionis itu.

Ucapan Dr.Mahathir Mohamad semalam yang mengecam Palestin turut mendapat liputan media antarabangsa.

“Saya harap dunia Islam bangkit kepada situasi semasa. Saya harap kita semua akan menderita sedikit terhadap aktiviti keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menentang kemanusiaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah penting untuk mendapatkan pengiktirafan diplomatik dan meneroka alam diplomasi bagi menjelaskan kebenaran dalam perjuangan bahawa mangsa adalah rakyat Palestin dan bukan sebaliknya.

Katanya dunia seolah-olah berfikir bahawa ia adalah rakyat Palestin yang menimbulkan provokasi terhadap Israel tetapi rejim Zionis mengambil keputusan untuk menceroboh dan menyerang ketika jemaah Palestin sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

“Orang yang bersolat bukan bahaya kepada sesiapa,” katanya.

Sementara ketika muncul di saluran Astro Awani malam tadi, Dr Mahathir menyifatkan, kekejaman orang Israel terhadap orang Palestin sama seperti kejamnya Nazi terhadap orang Yahudi,

“Kita sangka akan ada perasaan simpati terhadap orang yang menderita, lantaran penderitaan yang orang Yahudi alami semasa rejim Nazi, apabila jutaan dikurung dalam kem tahanan.

“Sebaliknya, orang Israel melakukan kekejaman yang sama terhadap orang Palestin, dalam usaha mereka merampas tanah Palestin.”

Dr. Mahathir, yang dikenali lantang dalam isu Palestin, berkata perlunya suatu penyelesaian secara diplomasi bagi menyelesaikan masalah itu kerana tiada kebaikan yang boleh diperolehi dengan keganasan.

Beliau menyeru semua negara Islam dan negara yang mendukung hak asasi manusia supaya membela orang Palestin, menegaskan betapa pentingnya untuk semua pihak berkenaan berbincang dan memikirkan strategi bagi mencapai kemenangan.

Bagi Mahathir, roket yang dilancarkan dari Gaza tidak setanding kemusnahan yang Israel lakukan ke atas bumi Palestin.

Beliau mengecam polis Israel kerana menyerang orang Palestin di Majlis Al-Aqsa, Baitulmaqdis ketika mereka sedang bersolat dan lemah.

“Saya berharap situasi ini akan membuka mata dunia Islam,” katanya, menyifatkan kegiatan Israel terhadap orang Palestin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan