28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Syaitan’ fitnah UMNO mula bekerja keras – Zahid

Mesti Baca

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujudnya kumpulan WhatsApp dalam tangkap layar yang disebarkan oleh pihak tertentu menerusi media sosial.

Sebaliknya ia adalah fitnah yang dilakukan oleh ‘syaitan’ yang cuba merosakkan UMNO, walaupun baru dua hari Ramadan pergi.

Ahmad Zahid turut menegaskan berita laporan Agenda Daily juga adalah fitnah jahat terhadap UMNO.

“Baru dua hari kita meninggalkan bulan Ramadan namun syaitan membawa fitnah sudah bekerja keras memfitnah UMNO,”

“Tidak ada group whatsApp seperti dalam tangkap layar dan berita laporan Agenda Daily juga adalah fitnah jahat terhadap UMNO,” katanya menerusi Facebooknya, malam tadi.

Zahid mengulas satu tangkap layar kumpulan WhatsApp “MT UMNO Dulu, Kini, Selamanya” yang konon membincangkan arahan beliau untuk merancakkan program bersama DAP.

Tangkap layar tersebut memetik hantaran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berbunyi:

“Presiden minta kita semua buat program mesti jemput wakil DAP… we have to train our guys to accept DAP attandance… well I think that is the best for now (kita perlu latih orang kita untuk menerima kehadiran DAP… Jadi, saya rasa ia adalah terbaik untuk masa ini.)”

Advertisements

Bagaimanapun Khaled menerusi hantaran Facebooknya berkata, kumpulan WhatsApp tersebut adalah palsu dan beliau tidak menjadi ahli kumpulan tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ia adalah jelas satu usaha untuk melakar imej negatif kepada Zahid selaku pucuk pimpinan parti.

Katanya, tangkap layar kumpulan WhatsApp itu jelas rekaan semata-mata malah turut dinafikan oleh Khaled sendiri yang namanya dipetik dalam WhatsApp tersebut.

“Semuanya menampakkan suatu usaha untuk melakar imej negatif kepada kepimpinan parti. Harap ahli dan rakyat tidak terkeliru. Keputusan (Perhimpunan Agung UMNO) 2020 dan MKT kekal terpakai ke saat ini,” kata beliau menerusi hantaran dalam Facebooknya.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, selain disahkan oleh Khaled, kumpulan WhatsApp itu jelas palsu kerana nama Datuk Seri Najib Tun Razak turut disenaraikan sebagai ahli kumpulan sedangkan bekas Presiden itu bukan ahli MKT parti.

“Jika kita buka group (kumpulan) WhatsApp kita, nama ahli group yang terpampang di atas akan mengikut urutan abjad yang disimpan dalam telefon.

“Agak janggal jika dalam suatu “group MKT”, dua nama pertama yang terpampang ialah Datuk Seri Khaled dan Datuk Seri Najib. Kalaupun semua ahli group disimpan sebagai “Dato’ Seri”, ramai lagi ahli MKT yang nama mereka bermula sebelum huruf K dan N,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan