25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Pengembara tiba dari India jalani kuarantin wajib 21 hari?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan mempertimbang kemungkinan melanjutkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 21 hari terhadap semua pengembara yang baru tiba dari India.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia bertujuan mengekang varian baharu dari India iaitu B.1.617 yang cepat menular dan menyebabkan gejala lebih serius termasuk golongan di bawah 50 tahun.

Menurut beliau, untuk permulaan sebanyak 132 penumpang yang dibawa pulang dari negara itu di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) akan dikuarantin selama tempoh tersebut.

“KKM akan memantau situasi ini, dan akan membuat penilaian risiko untuk segera melihat keperluan memanjangkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 21 hari bagi semua penumpang lain yang akan tiba dari negara India (misalnya rakyat Malaysia).

“Sekatan sedia ada bagi penumpang bukan warganegara ke Malaysia dari India masih berkuatkuasa seperti biasa,” kata beliau menerusi satu kenyataan media, malam tadi.

Mengenai kumpulan yang dibawa pulang oleh HADR, Noor Hisham berkata, daripada 132 orang itu, 64 orang daripadanya adalah lelaki manakala 68 lagi penumpang wanita.

Baca juga:   Terima kasih Bonnie hadiahkan emas untuk Keluarga Malaysia

Daripada jumlah itu, katanya, 117 adalah rakyat Malaysia, manakala lapan warga Brunei, Denmark (empat orang), India (dua) dan seorang rakyat Indonesia.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

“Mereka terdiri dari 92 orang dewasa dan 40 orang kanak-kanak. Misi ini
hanya membawa pulang penumpang dengan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif sahaja,” katanya.

Baca juga:   i-Kaseh kutuk usaha cuba guling kerajaan PN

Misi HADR diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bomba, Airport Fire & Rescue Service (AFRS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Aviation Security (AVSEC), syarikat Follow Me, syarikat UTW Electrical dan syarikat pengangkutan swasta.

Katanya, misi tersebut melibatkan 219 orang petugas dan berlepas ke India pada 11 Mei menggunakan penerbangan Malindo dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mei, pukul 12.53 pagi.

“Seramai 20 orang petugas iaitu 14 anak kapal, empat anggota KKM dan masing-masing seorang anggota dari NADMA dan Kementerian Luar telah menyertai penerbangan ini.

“Mereka telah mengenakan kelengkapan PPE (Personal Protection Equipment) penuh. Sebaik sahaja mendarat di KLIA, penumpang-penumpang ini telah dibawa melalui laluan khas ke Air Disaster Unit (ADU) KLIA untuk menjalani saringan kesihatan.

“Didapati tiada penumpang yang mengalami gejala, namun mereka telah diambil swab untuk ujian pengesanan RT-PCR Covid-19. Keputusan ujian yang diperolehi pada 13 Mei menunjukkan tujuh dari 132 penumpang telah dikesan positif Covid-19 dengan kadar positiviti 5.3 peratus,” katanya.

India telah merekodkan bilangan jangkitan harian melebihi 300,000 kes sejak April lalu dan yang tertinggi di dunia pada masa ini.

Baca juga:   Kes meningkat, Thailand ambil langkah pencegahan lebih ketat

Noor Hisham menasihati semua semua rakyat Malaysia agar memberi kerjasama mengekang kemasukan varian baharu dari India dengan sentiasa mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. – Edisi 9

Baca juga:   Terima kasih Bonnie hadiahkan emas untuk Keluarga Malaysia

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan