31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Syed Saddiq nafi borak lucah dengan budak sekolah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan perasaan jengkel berikutan penularan rakaman video pendek memaparkan perbualan lucah yang didakwa dilakukan beliau dengan seorang pelajar sekolah.

Memetik laporan Malaysiakini, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dalam perbualan WhatsApp tersebut.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga berjanji akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menjadi dalang video terbabit.

“Menjijikkan. Ini terang-terang suatu fitnah, fitnah yang menjijikkan. Tak masuk akal,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum itu Malaysiakini menghubungi Syed Saddiq selepas mendapat maklum terdapat beberapa individu yang membuat laporan polis susulan video yang mengandungi kata-kata lucah tersebut.

Rakaman video berkenaan dimuat naik ke YouTube sejak beberapa hari lalu.

“Kalau tahu siapa yang sebarkan, tolong maklumkan supaya saya boleh ambil tindakan mahkamah,” kata Syed Saddiq.

Hasil semakan di platform media sosial terbabit, video berdurasi 45 saat itu dimuat naik pada 3 Mei lalu, manakala akaun yang bertanggungjawab melakukannya dicipta pada 28 Mac.

Ia memaparkan perbualan WhatsApp antara nombor yang disimpan sebagai ‘Baby Sadiq’ dan didakwa kononnya seorang gadis yang masih bersekolah.

Antara lain ia membabitkan perbualan seks mengenai bahagian badan dan permintaan gambar.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara itu pagi tadi.

“Ada laporan polis pagi tadi. Kami masih di peringkat awal siasatan,” katanya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan